web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Swinger’: JAKIM Diarah Ambil Tindakan Bersepadu - Menteri

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 8:01AM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah mengambil tindakan bersepadu bagi memelihara institusi kekeluargaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia termasuk kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan agensi-agensi berkaitan untuk memperkukuhkan pendidikan kepada umat Islam.

Menurut beliau, langkah itu diputuskan susulan pembongkaran mengenai aktiviti swinger dalam kalangan pasangan suami isteri oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dua hari lalu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat dukacita dengan berita mengenai kegiatan swinger yang dibongkar oleh pihak PDRM dan SKMM kelmarin.

“Kegiatan kumpulan swinger ini merujuk kepada aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan dan mengikut laporan media, kumpulan tersebut beroperasi secara dalam talian serta terlibat menjual bahan lucah untuk meraih keuntungan,” katanya.

Tegas Mohd Na’im, secara jelas telah termaktub dalam ketetapan agama Islam bahawa zina adalah perbuatan terkutuk dan merupakan antara dosa besar. 

“Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Isra', ayat 32, maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan),” katanya.

Susulan itu jelas beliau, institusi masjid dan surau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga diseru untuk memperhebat program pembinaan keluarga yang menghayati nilai-nilai Islam. 

“Usaha-usaha ini amat penting dilaksanakan bagi memelihara Maqasid Syariah iaitu menjaga keturunan,” katanya.

Beliau memberi ingatan, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan tidak bermoral ini diminta untuk membuat laporan kepada PDRM dan SKMM. 

“Kegiatan ini perlu ditumpaskan sepenuhnya kerana ia membawa musibah kepada keluarga dan negara,” katanya.

Tiga suspek ditahan baru-baru ini dalam operasi bersama antara Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan Polis Kedah serta Johor, kerana disyaki terlibat dengan aktiviti swinger.

Aktiviti menjijikkan itu dikesan Suruhanjaya berkenaan hasil aduan daripada orang ramai selain pemantauan yang dijalankan. - Getaran, 5 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan