web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MakCik Travels, Jaga Keselamatan, Bantu Perkasa Golongan Wanita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 9:07AM

MakCik Travels, perkhidmatan e-hailing yang memberikan bantuan khas kepada pelanggan. - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan wanita sememangnya terdedah dengan pelbagai bahaya, walaupun ketika menaiki pengangkutan awam.

Malaysia sendiri mencatatkan beberapa kes membabitkan serangan ke atas kaum Hawa, termasuk yang menjurus ke arah seksual.

Dalam keadaan bahaya wujud di mana-mana, peluang menggunakan perkhidmatan e-hailing khusus untuk wanita memberikan satu kelegaan amat besar untuk golongan ini, khususnya mereka  yang sering bersendirian.

Dikenali sebagai MakCik Travels, perkhidmatan e-hailing yang memulakan operasi pada November tiga tahun lalu ini mampu memberi saingan kepada pengusaha lain di pasaran.

Bermula dengan hanya 20 pemandu, MakCik Travels kini mempunyai 289 petugas, membabitkan pemandu dan peneman yang digelar AdiNita, atau Adiwira Wanita.

Pengasasnya, Dr Sazlina Kamaralzaman berkata, idea penubuhan MakCik Travels tercetus apabila anak perempuannya, Siti Sarah Anuar, 20 seorang penuntut Kolej Vokasional Kajang menawarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan kepada rakan wanita yang mahu ke destinasi berhampiran.

Beliau berkata, perkhidmatan ditawarkan Siti Sarah menerima sambutan yang amat menggalakkan, dan ia membawa kepada kerjasama mereka berdua untuk melebarkan sayap kepada komuniti setempat di Bangi, Selangor.

Bagi memberi kelainan berbanding syarikat e-hailing yang lain, MakCik Travels turut memperkenalkan perkhidmatan pengiring untuk membantu warga emas dan wanita yang memerlukan pembantu atau peneman ke klinik, hospital atau destinasi lain.

"Perkhidmatan MakCik Travel ini pada awalnya hanya bermula dengan perkhidmatan MakCik Drives dan MakCik Chaperone, iaitu khidmat sama seperti teksi serta pengiring untuk mana-mana pelanggan yang memerlukan bantuan khas.

“Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu mendorong kami menambah cabang perkhidmatan itu, dan kini MakCik Travels turut memiliki khidmat dikenali sebagai Sahabat Kesihatan,” katanya kepada Getaran.

Sazlina berkata, Sahabat Kesihatan akan membantu dan meneman pelanggan yang perlu menghadiri pemeriksaan kesihatan atau menjalani rawatan.

Lebih menarik, Sahabat Kesihatan turut menawarkan khidmat menemani pelanggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Sazlina menarik perhatian, MakCik Travels menerima sekitar 800 tempahan, bukan hanya di Lembah Klang tetapi beberapa negeri lain seperti Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.

“Matlamat MakCik Travels adalah untuk memperkasakan wanita, termasuk suri rumah, ibu tunggal dan penuntut universiti yang mahu menjana pendapatan.

“Menerusi MakCik Travels juga, ada pemandu turut mengambil tugas tambahan dengan menjadi pengiring bagi membolehkan mereka mendapat lebih pendapatan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, mana-mana wanita yang mahu mencuba nasib sebagai pemandu atau pengiring, perlu menjalani temuduga dan penilaian terlebih dahulu.

“Untuk tugasan sebagai pemandu, syarat wajib ialah perlu memiliki lesen memandu yang sah, manakala kenderaan pula dijaga dengan baik.

“Latihan tambahan akan diberikan kepada Pengiring, kerana majoriti pelanggan adalah warga emas yang memerlukan layanan dan perhatian khusus,” tambahnya.

Sazlina memberitahu, semua pemandu dan pengiring yang bernaung di bawah MakCik Travels menerima kira-kira 80 peratus bayaran dikenakan.

“Untuk tempahan pemandu atau pengiring, ia perlu dibuat sekurang-kurangnya dua jam lebih awal, dan syarikat kami mempunyai aplikasi mudah alih untuk memudahkan urusan tempahan, selain sistem pengesanan buat pemandu serta pengiring bagi tujuan keselamatan.

"Pelanggan boleh memuat turun aplikasi MakCik Travels dan boleh mendapat harga untuk perkhidmatan yang diperlukan selepas memasukkan maklumat penting" jelasnya lagi.

Sazlina berkata, mereka juga merancang mendekati organisasi tertentu bagi membantu petugas menjana pendapatan lumayan menerusi MakCik Travels.

“Kami ingin mengadakan kursus keusahawanan untuk wanita kurang upaya, ibu tunggal, suri rumah dan keluarga mereka yang ingin menjana pendapatan sendiri dengan menguruskan cawangan perkhidmatan MakCik Travels.

“Ia diyakini dapat membantu golongan ini memiliki peranan tersendiri dalam komuniti,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah