web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Apr 2024 9:30PM

Perdana Menteri (tengah) pada pertemuan dengan Ahmad Zahid Hamidi (dua,kanan) dan pemimpin kerajaan lain - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan terkini serangan dibuat Republik Iran terhadap Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk pemerhatian ke atas kedudukan pasaran kewangan.

Menurut beliau, pemerhatian itu turut mencakupi potensi dampak ke atas Malaysia.

“Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara.

“Kerajaan juga mengambilkira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata, beliau terdahulu mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan pegawai tertinggi Kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Timur Tengah. 

“Serangan yang dilancarkan Republik Islam Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab Zionis Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini. 

“Ini tentunya adalah pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Tegas beliau, Malaysia berpendirian semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat.

Semua pihak jelasnya, perlu berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut. 

“Sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera. 

“Walaubagaimanapun, Malaysia kekal teguh dengan pendiriannya untuk bersama dengan warga Palestin yang terus menanggung derita dari kemelut ini,” katanya.

Anwar berkata, sekarang adalah waktu untuk semua pihak memainkan peranan dalam mendesak untuk menamatkan ketegangan.

Lebih 200 dron pembunuh dan peluru berpandu dilancarkan Iran terhadap Israel, sekitar jam 8 malam Sabtu, waktu tempatan.

Serangan peluru berpandu Iran terhadap Israel dapat dilihat dengan jelas, lapor media barat - gambar fail
Serangan peluru berpandu Iran terhadap Israel dapat dilihat dengan jelas, lapor media barat - gambar fail

Ia dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu, yang mengorbankan tujuh pegawai anggota Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG), termasuk dua komander kanannya.

Dilaporkan, serangan yang mengambil masa beberapa jam untuk tiba di Israel, dapat dilihat melintasi ruang udara Iraq.

Media antarabangsa melaporkan, letupan didengari di seluruh Israel, termasuk di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat manakala siren serangan udara kedengaran di lebih 720 lokasi. - Getaran, 14 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula