web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 8:01PM

Mohd Salleh Saidin (tengah) - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan di sini yang ditukar namanya kepada Pusat Mempelam Kedah bermula semalam bakal berada dalam senarai keutamaan kerajaan negeri untuk diletakkan dalam peta Tahun Melawat Kedah 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, langkah itu bagi menarik lebih ramai pengunjung ke lokasi tersebut yang menempatkan 111 varieti mempelam, termasuk Harumanis Kedah atau nama komersialnya, Harumanis D'Aman.

Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha untuk menggilap aset yang ada di negeri ini bagi diangkat ke tahap lebih tinggi.

"Penganjuran Fiesta Mempelam Kedah 2024 yang berlangsung antara 1 hingga 6 Mei (hari ini) di Pusat Mempelam Kedah merupakan antara contoh terbaik tentang bagaimana aset dimiliki, boleh diangkat dan digilap.

"Fiesta ini secara tidak langsung menyampaikan mesej kepada umum bahawa Kedah bukan saja kaya dengan hasil padinya, malah kaya dengan hasil pertanian lain.

"Antaranya kita memiliki pelbagai variasi mempelam dengan Harumanis D'aman menjadi tonggaknya," katanya kepada Getaran di sini, baru-baru ini.

Mohd Salleh Saidin (dua, kanan) berbual bersama seorang pengusaha mangga - gambar Rafisqi Radhi
Mohd Salleh Saidin (dua, kanan) berbual bersama seorang pengusaha mangga - gambar Rafisqi Radhi

Tambahnya, mesej sebegitu akan menjadi antara daya tarikan untuk memikat pelawat.

"Fiesta seperti itu akan turut memberi impak besar kepada sektor pelancongan.

"Berikutan itu kerajaan negeri tidak akan teragak-agak menyokong hasrat Jabatan Pertanian Negeri untuk menjadikan lokasi berkenaan sebagai destinasi agro pelancongan," katanya.

Tambah Mohd Salleh, pihaknya meletakkan harapan tinggi kepada Jabatan Pertanian Kedah untuk terus membantu mempromosi sektor pelancongan negeri menerusi pelbagai inisiatif bersesuaian seperti penganjuran fiesta mempelam.

"Saya juga meletakkan harapan supaya fiesta ini akan menjadi acara tahunan yang boleh ditempatkan dalam kalendar pelancongan Kedah.

"Semoga suatu masa nanti, Fiesta Mempelam Kedah akan menjadi sehebat International Mango Festival di Delhi, India," katanya. - Getaran, 6 Mei 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki