web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


14 Ditahan Leka Main Mahjong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 12:54PM

Sebahagian daripada warga emas yang ditahan kerana bermain mahjong di Taman Resak, Changlun, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Seramai 14 individu termasuk beberapa warga emas ditahan polis ketika asyik bermain mahjong di sebuah rumah di Taman Resak, Changlun dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua mereka yang berusia 24 hingga 73 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang.

“Ketika ditahan, ada antara warga emas tersebut mendakwa mereka datang bermain mahjong disebabkan bosan kerana asyik makan dan tidur di rumah.

“Rumah tersebut dipercayai dijadikan markas perjudian semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana kedudukannya yang dilindungi pagar zink serta tembok batu bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Penahanan itu melibatkan 10 individu lelaki dan empat wanita dengan seorang daripadanya merupakan warga negara Myanmar.

Difahamkan rumah itu milik seorang daripada individu yang ditahan.

Rodzi menambah, polis dalam pada itu turut merampas beberapa peralatan untuk bermain mahjong selain wang tunai dipertaruhkan.

“Kesemua mereka direman dua hari bermula hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2020 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang