web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cegah Kepupusan Habitat Marin, APMM Rampas 110 Set Bubu Naga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 1:37PM

APMM rampas 110 set bubu naga di 3.2 hingga 3.3 batu nautika barat laut muara Sungai Perak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Walaupun sudah diketahui penggunaan bubu naga akan mengakibatkan kemusnahan habitat laut, namun masih terdapat nelayan menggunakannya semata-mata untuk mengaut untung lebih.

Kegiatan ini dikesan masih berleluasa apabila rondaan dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak berjaya merampas 110 set bubu naga.

Kesemua bubu naga itu dirampas di dua lokasi berbeza iaitu sekitar 3.2 hingga 3.3 batu nautika barat laut muara Sungai Perak, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, rondaan dijalankan berjaya mengesan beberapa pelampung di permukaan yang mencurigakan, disyaki sebagai penanda bubu naga.

“Pemeriksaan di kedua–dua lokasi mendapati, pelampung berkenaan memang penanda kepada bubu yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Kesemua 110 set bubu naga itu dirampas dan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Shahrizan berkata, pengunaan bubu naga secara berleluasa dilihat masih aktif walaupun tindakan tegas dan larangan penggunaannya sudah dikeluarkan.

Katanya, pemilik bubu naga boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

“Penangkapan ikan atau hasil laut menggunakan bubu naga mengancam pertumbuhan habitat marin, menyebabkan ia berpotensi untuk pupus.

“Kesemua bubu naga yang dirampas itu dianggarkan bernilai hampir RM13,200 dengan anggaran harga RM120 seunit,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. – Getaran, 7 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi