web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Penjenayah Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 12:52PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, kira-kira 5 petang, semalam.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata seorang suspek berusia 42 tahun, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati individu berusia 42 tahun itu mempunyai 38 rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

"Kejadian ini berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian D14, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian D9, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila menyedari diekori, suspek bertindak melarikan diri sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis yang sedang mengekori rapat," katanya dalam kenyataan hari ini.

M Kumar berkata tindakan suspek itu menyebabkan pihak polis turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki suspek dan insiden berbalas tembakan berlarutan sehingga keadaan selamat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada di dalam Toyota Estima itu terkena tembakan dan maut di lokasi.

Pihaknya turut menemukan dua pucuk pistol di dalam kenderaan itu serta sepucuk pistol pada badan seorang suspek.

"Selain itu, polis turut menjumpai pelbagai jenis bahan dipercayai dadah berbahaya di dalam kenderaan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA  
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelajar IPT Rugi Lebih RM13,000 Terpedaya Tawaran Kerja Dalam Talian

2

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Lelaki Bertopeng Guna Senjata Api Rompak Kedai Emas Di Kajang

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan Pelajar 16 Tahun Tikam Rakan Asrama

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kejam! Suami Tikam Isteri 12 Kali

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 22 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei