web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Pelajar 16 Tahun Tikam Rakan Asrama

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 8:09AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun disyaki terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah sekolah menengah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pelajar itu ditahan pada 6 petang kelmarin susulan laporan warden asrama sekolah itu mengenai pergaduhan melibatkan dua pelajar.

"Mangsa dan suspek merupakan rakan asrama. Mangsa ditikam di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan dengan dua bilah pisau. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Seri Botani di sini," katanya dalam kenyataan semalam.

Abang Zainal berkata pihaknya akan mengambil keterangan saksi-saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Jagdeep Singh di talian 019-442 4361 atau tampil di balai polis berhampiran.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Zulkifli Mahmood dalam kenyataan berkata seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah terhadap kakaknya setelah tidak berpuas hati dengan pembahagian harta.

Zulkifli berkata menurut laporan pada 3.21 pagi tadi, suspek bersama ibu bapanya pergi ke rumah kakaknya di Kampung Jagor dengan memandu dalam keadaan tergesa- gesa sebelum melanggar dua tiang lampu solar di hadapan rumah tersebut.

Beliau berkata sebaik pulang ke rumah di Kampung Padang, lelaki itu memecahkan peralatan sehingga menyebabkan ketakutan pada ibu bapanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki