web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar IPT Rugi Lebih RM13,000 Terpedaya Tawaran Kerja Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 9:09AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini kerugian RM13,750 selepas terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian.

Dalam laporan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu semalam, mangsa mengadu menerima tawaran untuk memperoleh wang sampingan dengan membuat tugasan kerja di dalam Youtube selepas dimasukkan ke Group Whatsapp Millennium Portfolios Event A13 oleh individu bernama Ho Siew Ming.

Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan sebelum suspek mengarahkan menekan pautan https:iit.me/Joyce_WB bagi membuat tugasan diberikan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataan di sini semalam berkata mangsa turut dikehendaki menekan butang 'subscribe' Nike & Adidas dan dijanjikan mendapat keuntungan RM100.

Suspek juga memaklumkan kepada mangsa jika ingin mendapat keuntungan RM40,000 mangsa dikehendaki membuat tugasan seterusnya dengan memasukkan wang sebanyak RM20,000.

"Mangsa telah memasukkan wang bagi penugasan berkenaan semalam sebanyak lima kali transaksi berjumlah RM13,750 ke dalam empat akaun tempatan yang berlainan namun sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima keuntungan dan komisen dijanjikan," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Zulkipli menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Orang ramai perlu membuat semakan terperinci dengan syarikat atau agensi berkaitan sebelum memohon atau menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan.

Selain itu, orang ramai boleh merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM untuk sebarang nasihat.

Mereka juga boleh membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki