web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harga Runcit Telur Seluruh Negara Turun 3 Sen Mulai Hari Ini - PM

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 12:01PM

Subsidi sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji berkuatkuasa hari ini.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan semasa menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam khususnya bahan asas kepada makanan ayam.

Menurut beliau, langkah menurunkan harga telur itu selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

“Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuatkuasa mulai hari ini.

“Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta,” katanya. 

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Jelas Perdana Menteri, harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.

“Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani Kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memberitahu, 6,441,118 liter minyak diesel dianggarkan berjumlah RM14,208,824.00 telah dirampas sehingga 31 Disember lalu.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah menggerakkan Ops Tiris yang telah berlangsung sejak 1 Mac tahun lalu.

“Ia bertujuan membanteras permasalahan penyelewengan minyak diesel bersubsidi oleh golongan yang tidak layak.

“Atas hasil dan perkembangan yang baik dari ops tersebut, maka Ops Tiris 3.0 dijalankan dengan skop yang diperluas mencakup barang-barang kawalan lain iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan polibeg 1KG, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG),” katanya.

Perdana Menteri berkata, sejumlah RM12,956,089.96 nilai barang kawalan telah dirampas dengan diesel menjadi barangan kawalan yang tertinggi yang diseludup dan diseleweng sehingga 14 Jun lalu. 

“Kerajaan Madani akan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat.

“Subsidi tidak dihapuskan, tetapi apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya. Malah, Kerajaan masih perlu menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Anwar menarik perhatian, tujuan utama dalam dasar penyasaran subsidi diesel ini adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak.

Hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini katanya, akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat.

“Selain itu, kerajaan masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg) sejak Kerajaan ini mengambil alih tampuk kepimpinan meski harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890/mt,” katanya.

“Sebagai contoh, dengan harga CPO pada bulan Mac RM4,215/mt dan April RM4,256/mt, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga RM33-RM35,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Terbeban Peningkatan Kos, Operator Trak Tunda Rayu Diberi Subsidi Diesel

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight