web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Pembunuhan Ismail Haniyeh Perbuatan Kejam, Mahu Gagalkan Rundingan Damai’ - PM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2024 5:50PM

Perdana Menteri (kiri) bersalaman Allahyarham Ismail Haniyeh (dua, kanan) pada satu pertemuan beberapa bulan lalu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembunuhan pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh disifatkan sebagai satu tindakan yang sangat tragik dan kejam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan ke atas Haniyeh itu jelas bertujuan mahu menggagalkan rundingan sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih dari 40,000 nyawa. 

Menurut beliau, pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku kerana ada tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum. 

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas saudara Ismail Haniyeh hari ini. 

“Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan sahaja yang tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan pembantaian,” katanya menerusi ciapan di X.

Tegas Perdana Menteri, rakyat Palestin telah dihadapkan dengan malapetaka dan penderitaan selama berdekad lamanya dan beliau amat bimbang tentang nasib mereka susulan pembunuhan Haniyeh.

“Mereka yang telah mengkritik saya saat ketemu saudara Ismail sebelum ini telah gagal menghargai keinginan mendalam almarhum untuk sebuah Timur Tengah yang aman dan pembentukan sebuah negara Palestin yang tertegak dengan maruah dan kebebasan. 

“Saya berduka atas kehilangan seorang sahabat yang akrab dan tokoh pejuang sejati rakyat Palestin,” katanya, sugul.

Terdahulu, Anwar menerusi perbuapaj telefon bersama Ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim berkata, tetap teguh mendukung perjuangan untuk sebuah Palestin yang merdeka. 

Beliau memberi jaminan, kerajaan negara ini akan terus melakukan yang terbaik untuk mengutuk kekejaman tersebut.

“Saya tahu anda (Dr Basem) sibuk sekarang, tetapi saya perlu sampaikan, bukan hanya bagi pihak keluarga tetapi juga semua saudara di sini bahawa kami masih terkejut dan sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak.

“Sekali lagi, kepada seluruh ahli keluarga dan rakan seperjuangan, mohon tabah dan kuat. Semoga Allah melindungi kita,” katanya.

Menerusi perbualan sama, Perdana Menteri memberitahu, beliau dimaklumkan ada pihak yang enggan melihat rundingan damai berkenaan berjaya. 

“Beberapa hari yang lalu, maklumat terkini dari saudara-saudara kita di Turki, dan jelas bahawa saudara Almarhum Ismail adalah tonggak perjuangan ini, dan salah satu hal yang diperjuangkan adalah perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin. 

“Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 6 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 19 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam