web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Stabilkan Inflasi, Tangani Kos Sara Hidup Tumpuan Belanjawan 2025 – PM

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2024 6:14PM

Anwar Ibrahim bersama Dr Dzulkefly Ahmad di majlis perasmian Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 di Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini. – Gambar Facebook, 8 September 2024

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani kos sara hidup rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2025 bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata hal ini kerana di bawah kerajaan MADANI ketika ini, kadar inflasi negara berada pada tahap dua peratus dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.9 peratus bagi suku kedua tahun ini. 

"Saya baru balik dari Vladivostok, Rusia. Jumpa Presiden Vladimir Putin. Ada soal jawab orang tanya (berkaitan) inflasi kita, dua peratus dan ada beberapa bidang makanan tiga atau 3.5 peratus, itu pun jenuh kita nak kawal. 

"Saya mahu jadikan strategi belanjawan Oktober ini bagaimana tangani masalah kos sara hidup... berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, inflasi kita rendah," kata beliau. 

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.

Justeru, Anwar berkata kerajaan sentiasa serius dalam menguruskan ekonomi, selain mengelakkan pembaziran dalam pelbagai perkara. 

Pada 22 Ogos lepas, media melaporkan inflasi Malaysia kekal dua peratus sejak Mei 2024 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai 2024. 

DoSM dalam kenyataan melaporkan inflasi itu didorong oleh peningkatan dalam kumpulan utama termasuk restoran dan perkhidmatan penginapan (3.4 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus); rekreasi, sukan dan budaya (2.2 peratus) dan kesihatan (1.9 peratus). 

Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan siasatan kes terhadap mana-mana individu atau pemimpin dan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada pihak berkuasa. 

"Kita tengok sekarang setiap minggu ada saja skandal baharu, ada orang kata kerana Anwar berdendam. Tak betul, kita kena hentikan amalan pimpinan yang guna kuasa untuk cari kekayaan peribadi.

"Saya harap semua betul-betul faham. Saya tak kira siapa dalam soal siasatan, siapa salah, ada kes curi motosikal atau merompak itu kerja polis, mereka tidak tanya saya boleh siasat atau tidak," katanya. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 5 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI