web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Teknikal, Kegagalan Komunikasi Antara Punca Nahas LRT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 8:50PM

Tren bernombor 40 yang terlibat dalam kemalangan di bawa ke Kompleks Rapid Rail Subang pada 27 Mei. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Masalah teknikal dan kegagalan komunikasi antara Pusat Kawalan Operasi (OCC) dengan pemandu (hostler) adalah antara punca berlakunya pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata dapatan itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan mengenai insiden nahas dua tren LRT antara stesen Kampung Baru dan KLCC itu yang dibentangkan kepada Kabinet semalam.

Berkongsi laporan itu dalam sidang media secara maya hari ini, Ka Siong berkata insiden itu melibatkan pertembungan tren bernombor 40 tanpa penumpang yang menghadapi masalah teknikal dan tren 81 dengan 213 penumpang yang melakukan perjalanan tanpa mendapat pengesahan tepat.

Menghuraikan urutan insiden itu, Ka Siong berkata tren 40 mengalami masalah teknikal pada jam 6.26 petang pada hari kejadian (24 Mei) melibatkan salah satu daripada dua sistem Komunikasi On-Board Vehicle (VOBC).

Menurutnya, apabila satu VOBC gagal berfungsi dan hilang komunikasi dengan OCC maka tren perlu dikosongkan di stesen berikutnya serta dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan di depoh Lembah Subang menerusi kawalan automatik iaitu Automatic Train Operation (ATO) ketika VOBC kedua masih berfungsi.

Namun, VOBC kedua tren 40 itu  juga gagal berfungsi  pada jam 8.13 malam ketika dalam perjalanan ke Lembah Subang dan terkandas di antara stesen LRT KLCC dan Kampung Baru.

“OCC tidak dapat mengawal tren 40 apabila kedua-dua VOBC tidak berfungsi.

“Justeru, pemandu diarahkan untuk mengendalikan tren 40 secara manual ke stesen berdekatan iaitu Dang Wangi bagi tujuan ‘reset’ untuk berada dalam mod ATO,” katanya.

Menurut Ka Siong, siasatan mendapati ketika proses pemindahan tren 40 untuk diset semula dan dikembalikan kepada ATO, kedua-dua pemandu dan pengawal OCC telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kritikal tertentu dan ini secara tidak sengaja mengakibatkan tren 40 bergerak secara manual ke arah Gombak di arah utara dan bukannya ke selatan menuju ke depoh.

Pada masa sama, katanya, tren 81 sedang ditahan di stesen KLCC dan meletakkan keadaan status Manual Route Reservation (MRR) iaitu perlindungan kepada tren 40 sebelum dapat dikendalikan secara ATO.

“Namun, tren 81 dilepaskan untuk melakukan perjalanan meninggalkan stesen KLCC menuju ke stesen Kampung Baru tanpa mendapat pengesahan tepat yang mengatakan tren 40 telah diset semula kepada ATO.

“Keadaan ini seterusnya mengakibatkan berlaku pertembungan antara tren 40 dan tren 81,”  katanya.

Ka Siong berkata tindakan pemandu itu adalah tidak disengajakan kerana pada ketika itu maklumat mengenai ‘track section number’ tidak mencukupi, di mana pelaporan secara berkala dengan OCC sepatutnya berlaku.

Ka Siong menegaskan objektif siasatan adalah untuk menentukan keadaan dan punca sebenar nahas dengan tujuan mengelakkan insiden daripada berulang serta menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam dan bukan bertujuan membuktikan kesalahan atau liabiliti terhadap mana-mana pihak.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak, yang mengetuai Jawatankuasa Siasatan itu, berkata hasil siasatan mendapati penyelenggaraan dijalankan oleh Prasarana adalah teratur dan mengikut manual.

Katanya, tiada sebarang percanggahan dan anomali dalam penyelenggaraan tren namun SOP itu tidak diikuti sepenuhnya kerana perlu ada senarai semak bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku.

“Kegagalan VOBC tidak berlaku setiap hari, ia jarang berlaku. Tetapi apabila ia berlaku, mesti ada SOP di mana semua orang faham dan ikut cara mengendalikan kereta api secara manual,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan