web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Musibah Sebelum Bertemu Vietnam, Bapa Cheng Hoe Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 7:55PM

Tan Cheng Hun, 62, (kiri) dan Tan Cheng San, 48 di depan keranda mendiang bapanya, Tan Chooi Siak, 95 yang meninggal dunia di Taman Pelangi, Alor Setar hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berdepan dugaan terbesar dalam hidupnya apabila bapanya, Tan Chooi Siak, 95, meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum Malaysia bertemu Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai awal pagi esok.

Abang sulung Cheng Hoe, Tan Cheng Hun, 62, memaklumkan, bapa mereka meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Pemergian bapa sebenarnya sesuatu yang mengejutkan buat kami kerana dia tidak menunjukkan sebarang tanda sakit, cuma pagi tadi dia seakan berkahak. Saya membawanya ke klinik namun sebaik tiba di pusat rawatan itu, keadaannya tampak kian lemah.

“Selepas itu kami membawanya pulang ke rumah. Bapa menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian dengan ditemani beberapa ahli keluarga,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Malaysia bakal bertemu Vietnam pada pukul 12.45 pagi esok dengan misi mencapai kemenangan bagi meloloskan diri ke pusingan seterusnya setelah pasukan negara tewas 4-0 kepada UAE, minggu lalu.

Cheng Hoe yang merupakan anak ke-6 dari lapan beradik baru saja menyambut ulang tahun ke-53 pada 30 Mei lalu.

Sementara itu, kakak ipar Cheng Hoe, Ooi Bee Leng, 57, berkata, dia ada berhubung dengan ketua jurulatih Harimau Malaya itu ketika bapanya berada dalam keadaan tenat dan selepas Chooi Siak meninggal dunia.

“Ketika bapa tenat, Cheng Hoe memang tampak risau dan meminta supaya Chooi Siak dibawa ke hospital swasta di Alor Setar. Namun setelah bapanya meninggal, dia dapat menerima berita itu dengan tenang.

“Bapa sememangnya penyokong kuat Cheng Hoe selama ini. Kalau ada perlawanan bola sepak membabitkan Malaysia, awal pagi pun dia sanggup tunggu untuk sama-sama menonton perlawanan tersebut,” katanya.

Sementara itu adik Cheng Hoe, Tan Cheng San, 48, mengharapkan supaya semangat abangnya tidak luntur untuk membawa pasukan Malaysia bagi menampilkan aksi terbaik malam in.

“Kami sekeluarga berharap Cheng Hoe dan seluruh pasukan Malaysia dapat menampilkan aksi terbaik. Walaupun bapa sudah tiada, kami berharap abang dapat terus fokus dan bersemangat memberikan yang terbaik buat negara,” katanya. - Getaran 11 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki