web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nelayan Lemas Terjatuh Menangkul Ketam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 5:17PM

Mayat Zulkefly Mohamad Zamri ditemui selepas terjatuh ke dalam laut ketika menangkul ketam di Pulau Pangkor, hari ini..

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Seorang nelayan ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut, ketika menangkul ketam di sebuah pelantar di Pulau Pangkor, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, mayat mangsa, Zulkefly Mohamad Zamri, 36, berjaya ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor dan penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Nor Omar Sappi berkata, pihaknya mengerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama bomba sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Siasatan awal mendapati saksi ternampak mangsa menaiki kayak kecil untuk mengambil takung ketam di lokasi berkenaan sebelum rerjatuh dan tenggelam. 

"Saksi kemudiannya menghubungi bomba dan mangsa berjaya ditemui kira-kira 15  minit selepas itu," katanya di sini hari ini.

Nor Omar berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes  diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 12 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah