web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPJ Puteri Sumbang Dana Untuk Palestin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 6:33PM

Haliza (kiri) menyerahkan cek kepada Norul Ahmady (tengah) bagi membantu rakyat Palestin di Hospital Pakar KPJ Puteri, di Johor Bahru, hari ini. - Gambar ihsan KPJ Puteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Walau sibuk dengan tugasan sebagai jentera barisan hadapan (frontliner), ia bukan alasan untuk menghakis sifat kemanusiaan dari dalam diri.

Menyedari hakikat ini, sekumpulan petugas Hospital Pakar KPJ Puteri di sini mengambil inisiatif mewujudkan Tabung Kemanusiaan Palestin KPJ Puteri. 

Hanya dalam tempoh seminggu, tabung itu berjaya mengumpul sebanyak RM11,000 bagi membantu rakyat Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, pihaknya mula mengumpulkan sumbangan itu sejak 27 Mei lalu. 

"Penerimaan anggota pekerja sangat positif walaupun kebanyakan mereka adalah petugas barisan hadapan yang kini sedang berdepan ancaman COVID-19.

''Ternyata kesibukan tugas tidak menghalang mereka bersolidariti dan selain menzahirkan rasa simpati, kami berharap sumbangan ini memastikan rakyat Palestin mendapatkan bantuan sewajarnya,'' katanya di sini hari ini.

Haliza berkata, dana yang terkumpul itu bukan hanya disumbangkan oleh anggota kesihatan, tetapi turut mencakupi pemberian pesakit, orang awam dan petugas sektor lain di hospital berkenaan. 

''Dana sumbangan ini diharapkan mampu membantu rakyat Palestin meneruskan hidup menggunakan keperluan asas seperti makanan dan perubatan ketika berdepan saat genting,'' tambahnya.

Sumbangan yang berjaya dikumpul itu diserahkan kepada Pengurus Aman Palestin Johor Bahru, Ustaz Norul Ahmady Abdul Rahman. – Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad