web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Isteri Didakwa Membunuh Kanak-kanak Berusia Enam Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 12:49PM

Pasangan suami isteri didakwa membunuh kanak-kanak lelaki di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ibu kandung dan bapa tiri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki enam tahun, yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini, bulan lepas.

Zuraida Atan, 31, dan suaminya, Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, masing-masing mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan suami isteri itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama membunuh Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya di sini pada 3.32 petang, 29 Jan lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendedahkan kanak-kanak yang sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau membenarkannya dianiaya dan diabaikan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi sama antara 13 Okt tahun lepas dan 29 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Nariman Badruddin tidak membenarkan kedua-dua tertuduh itu diikat jamin bagi pertuduhan tersebut dan menetapkan 29 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka Badius Zaman Ahmad, manakala Zuraida diwakili empat peguam yang diketuai Zamri Idrus dan Mohd Fadzli diwakili dua peguam yang diketuai Datuk Ahmad Musthafi Mohamad.

Pihak media tidak dibenarkan memasuki mahkamah untuk mengikuti kedua-dua prosiding itu kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), kecuali keluarga terdekat kedua-dua tertuduh.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Kematian Kanak-Kanak: Suami Isteri Direman 7 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dera Anak Hingga Mati, Bekas Tentera Dihukum Gantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mangsa Dera Dirawat Sebelum Diserah Kepada Waris Layak, Sesuai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka