web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Video Ahli Parlimen Makan Durian Tular, Netizen Luah Rasa Marah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:34PM

Polis telah menerima laporan berhubung video yang tular di media sosial, yang memaparkan seorang wakil rakyat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati durian dalam tempoh PKP, hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - "Amboi, seronoknya makan durian masa lockdown ni,”.

Itu antara sindiran ditinggalkan netizen pada video yang memaparkan seorang wakil rakyat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati durian ketika negara masih berdepan sekatan pergerakan penuh.

Video berdurasi 13 saat yang tular sejak petang tadi itu jelas menunjukkan kehadiran lebih 20 individu termasuk wakil rakyat berkenaan secara serentak di sebuah kebun, dipercayai di dalam daerah ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner (ACP) Ismail Dollah berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis berhubung penularan video terbabit dan kertas siasatan juga sudah dibuka.

"Susulan daripada itu (video tular), satu laporan polis telah dibuat, dan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kejadian berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Ismail menarik perhatian, pihaknya juga akan memanggil wakil rakyat yang dipercayai Ahli Parlimen kawasan itu, selain individu lain yang terlibat dalam video berkenaan untuk membantu siasatan.

"Kami juga memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Menjengah ke ruangan komen di beberapa laman sosial yang memuat naik video berkenaan, majoriti netizen melahirkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan situasi yang dilihat.

Mereka mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas tidak dipatuhi, selain membuat andaian ia bukan satu kesalahan bagi golongan kenamaan atau golongan 'kayangan'. – Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad