web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Empat Warga Asing Suspek Kes Samun Maut Ditembak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 3:01PM

Ayob Khan menunjukkan senjata yang digunakan dalam kes samun di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Batu Pahat, awal pagi ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Empat lelaki yang dipercayai suspek jenayah samun mati selepas berbalas tembak dengan pasukan polis yang turut menyaksikan seorang pegawai pasukan keselamatan itu cedera ditikam suspek dalam kejadian di Jalan Pagoh-Parit Sulong, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam kejadian 3.15 pagi itu,  sepasukan pegawai dan anggota polis menahan sebuah Toyota Avanza dan Perodua Myvi, masing-masing dinaiki dua lelaki, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya ketika polis mahu membuat pemeriksaan, pemandu dan penumpang Toyota Avanza bertindak agresif dengan pemandunya mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis.

“Pada masa sama, dua suspek yang menaiki Perodua Myvi bertindak menyerang polis menggunakan parang dan kelambit dalam usaha melarikan diri, dan dalam pergelutan itu seorang daripada suspek menikam pegawai kita sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini.

Ayob Khan berkata bagi mempertahankan diri, pihaknya bertindak membalas serangan dengan melepaskan tembakan yang mengenai kesemua suspek. 

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan awal, polis percaya keempat-empat suspek yang berusia 23 hingga 40 tahun berkenaan merupakan warga asing.

Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek yang merupakan kenderaan curi menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan dalam kegiatan samun dan pecah rumah, katanya.

 “Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver serta empat butir peluru di lokasi kejadian selain enam kelongsong, dua bilah parang dan sebilah kerambit,” katanya.

Beliau berkata kesemua mayat suspek dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang untuk bedah siasat,  sementara pegawai polis yang cedera diserang dengan kerambit itu dirawat di Hospital Batu Pahat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Ayob Khan Sedia Disiasat Jika Ada Dakwaan Salah Laku

2

Semasa 1 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayob Khan Nafi Keluar Kenyataan Ramai Pegawai Terbabit Edar Dadah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rampas Dadah Bernilai RM26.5 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini