web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertandingan 137 Got Talent Bantu Galakkan Program Vaksinasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Bagi menggalakkan lebih ramai penduduk di negeri ini mendaftar sebagai penerima vaksin, Parlimen Hang Tuah Jaya mengambil inisiatif mengadakan pertandingan ‘137 Got Talent’.

Melalui pertandingan itu, peserta perlu menghasilkan video pendek berdurasi lima minit dengan tema bebas. tetapi perlu mengandungi nasihat berkaitan vaksin.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, langkah itu diambil pihaknya bagi menggalakkan lebih ramai penduduk tampil mendapatkan vaksin masing-masing.

Katanya, melalui medium itu peserta bukan sahaja dapat menunjukkan bakat terpendam malah berkongsi mengenai kebaikan vaksin dalam mengekang penularan COVID- 19.

“Saya lihat ramai generasi sekarang mempunyai kreativiti dan bakat luar biasa jadi dengan platform ini, mereka boleh serlahkannya selain dapat menghebahkan lagi kebaikan vaksin.

“Menerusi pertandingan ‘137 Got Talent’ ini peserta boleh menghasilkan apa sahaja karya sama ada menyanyi, berlakon atau bersajak tetapi perlu selitkan tentang galakkan untuk ambil vaksin selain menggunakan ayat ‘Hang Tuah Jaya kata vaksin penting..., sebelum menyambungnya menggunakan kreativiti masing-masing,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Ujarnya, mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan selewat-lewatnya sebelum jam 11.30 malam esok (2 Julai) dan pertandingan akan diadakan secara langsung di Facebook dan Youtube ‘Studio Satu Tiga Tujuh’ pada Sabtu kira- kira jam 10 malam.

“Penerbit, pengarah dan pelakon popular Datuk Afdlin Shauki akan menjadi juri pertandingan itu nanti bersama-sama penyanyi rap Hullera.

“Melalui pertandingan itu seramai tujuh peserta akan diangkat sebagai pemenang iaitu masing-masing seorang bagi tempat pertama hingga ke empat dan tiga lagi untuk sagu hati,” katanya.

Menurut Shamsul Iskandar, sehingga lewat petang ini sebanyak 30 penyertaan sudah diterima pihaknya dan menjangkakan akan ada lagi pertambahan.

Orang ramai yang berminat boleh menghantar penyertaan masing-masing menggunakan aplikasi Telegram di nombor 017-3719857 atau borang disediakan pada laman berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSelWxyCT1vHnH_riYoiGlAr1k8XPH0hE8lMd7Mi26xjOHNi2Q/viewform - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan