web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak Sindrom Down Didera, Wanita Rayu Keadilan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 5:42PM

Kesan dera yang dialami oleh seorang remaja yang mengalami Sindrom Down selepas menjadi anak angkat di sebuah rumah kebajikan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 sesungguhnya memberi pelbagai impak ke atas kehidupan sejagat, dalam segenap ruang lingkup peradaban manusia.

Meski majoriti berkisar kepada sisi negatif, penularan wabak ini ternyata turut melakar nilai positif, apabila berhasil membongkar perlakuan keji syaitan bertopeng manusia ke atas seorang remaja kelainan upaya (OKU).

Hanya dikenali sebagai Bella, kisah remaja mengalami Sindrom Down berusia 13 tahun itu begitu sadis, apabila tubuhnya dicemari luka penderaan yang begitu parah, termasuk kesan lecur, dipercayai disimbah atau ditekap dengan sejenis benda panas.

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita, Mona Din berkata, anak malang tersebut pada asalnya menghuni Taman Sinar Harapan Seremban (TSHS) di Negeri Sembilan, sebelum diambil sebagai anak angkat oleh sebuah rumah kebajikan tahun lalu.

Kesan dera yang dialami oleh Bella.
Kesan dera yang dialami oleh Bella.

Menurut beliau, rumah terbabit yang menumpukan kepada penjagaan wanita hamil di ibu kota sebenarnya amat terkenal di kalangan aktivis lain, malah pernah dikunjungi seorang menteri baru-baru ini.

“Saya mendapat tahu Bella didera oleh hampir semua ahli keluarga pelaku, dilayan tak ubah seperti binatang.

“Hampir setiap hari dia dibelasah tanpa belas kasihan, dikurung di bahagian belakang rumah tanpa baju dan hanya mengenakan lampin pakai buang. Manusia jenis apakah ini?” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Mona memberitahu, kisah keji melatari kehidupan Bella mula diketahui selepas anak itu dijangkiti COVID-19, yang memaksa dia menerima rawatan segera.

Persoalan mula timbul apabila nama remaja terbabit tidak dimasukkan dalam senarai pesakit yang perlu dibawa ke hospital sedangkan semua sedia maklum, ancaman COVID-19 memerlukan perhatian dan rawatan serius.

“Bimbang dengan keadaan ini, seorang rakan segera membuat semakan dan berkunjung ke rumah jagaan tersebut untuk menyelidik sendiri keadaan sebenar.

“Menerusi kunjungan itulah, segala kekejaman dilakukan ke atas Bella terbongkar apabila tubuhnya dilihat penuh dengan kesan kecederaan, termasuk luka lama yang masih belum sembuh,” kata Mona sambil menangis.

Wanita itu memberitahu, siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati, nama anak malang tersebut tidak disenaraikan untuk menerima rawatan kerana pelaku bimbang, tembelang mereka diketahui ramai.

“Allah Maha Berkuasa, Bella berjaya dibawa ke HKL untuk menerima rawatan dan disahkan positif COVID-19.

“Bila ditanya, Bella menyebut nama ‘Bonda’ dan ‘Mama’  sebagai pelaku, malah turut memberitahu, kedua belah tangannya diikat serta disiram air panas,” katanya, yang berkongsi beberapa rakaman video, memaparkan anak malang itu dalam keadaan cukup menyedihkan.

Bella mendedahkan kedua belah tangannya diikat serta disiram air panas.
Bella mendedahkan kedua belah tangannya diikat serta disiram air panas.

Semua rakaman terbabit jelas memperlihatkan kesan kecederaan ditanggung Bella, dan sukar dibayangkan bagaimana terseksanya tubuh sekecil itu menanggung semua penderitaan berkenaan.

Kedua belah tangannya dipenuhi kesan lecur, termasuk yang menampakkan sejumlah besar isi, manakala bahagian tubuh lain sarat dengan parut dan luka lama.

“Saya menggigil, hilang kata-kata sebaik menyaksikan semua video berkenaan. Mengapa begitu kejam mereka memperlakukan Bella, binatang pun sayangkan anak,” katanya hiba.

Mona yang memuat naik kisah menyayat hati tersebut di Facebook turut mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap insiden itu, yang jelas adalah satu perbuatan jenayah.

“Saya sangat-sangat marah. Kalau saya ada kuasa, semua pelaku ini akan menerima balasan setimpal atas perbuatan mereka.

“Saya tak kisah ditangkap (pihak berkuasa). Bella budak yang sangat bijak, walau digolongkan sebagai anak istimewa, dia sangat pandai mengurus diri sendiri, malah tahu menjaga bayi,” katanya.

Beliau turut meminta media menghebahkan kejadian ini bagi membolehkan keadilan sewajarnya diberikan terhadap anak berkenaan.

“Saya difahamkan ia bukan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku. Kekejaman seperti ini tidak boleh disorok. Pelaku harus menerima hukuman sewajarnya,” tegasnya.

Getaran diberitahu, pemilik rumah perlindungan itu memiliki hubungan rapat dengan seorang tokoh politik ternama tanah air, dan ia antara punca mengapa kes menimpa Bella berjaya disembunyikan dari pengetahuan ramai. – Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka