web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Kurnia Rumah Baharu Mangsa Angin Kencang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 10:03PM

David Wong diiringi Ng Sea Bu menyerahkan kunci rumah kepada penerima di Kampung Sungai Bunyi, di Pontian. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Setiap musibah yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Begitulah situasi dialami mangsa kejadian angin kencang di Kampung Sungai Bunyi di sini, bulan lalu, apabila menerima kurniaan kediaman baharu daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas rumah masing-masing ranap dalam bencana itu.

Hari ini, dua keluarga terbabit dalam kejadian itu menerima kunci rumah mereka yang diserahkan wakil Sultan Ibrahim, Mejar Cina Datuk David Wong dengan diiringi Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin Daerah Pontian, Datuk Ng Sea Bu.

Semua kos pembinaan semula rumah itu dibiayai baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menurut David, baginda mengambil maklum perkembangan pembinaan rumah tersebut sejak ia mula dibina tiga minggu lalu. 

“Baginda mengikuti sendiri pembinaan rumah berkenaan dari mula hingga akhir termasuklah meneliti pelan pembinaan serta warna cat kediaman,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) seperti yang disiarkan di Facebook rasmi baginda. 

Sementara itu, seorang penerima, Nora Md Nor, 35, sebak, namun menzahirkan rasa syukur dengan kurniaan daripada Sultan Johor itu.

“Saya bagaikan tidak percaya apabila diberitahu rumah saya akan dibina semula oleh Sultan Johor, tiada ucapan yang boleh diucapkan untuk menggambarkan kesyukuran kami sekeluarga,” katanya. 

Dalam kejadian itu, seramai 15 keluarga terjejas apabila kediaman mereka rosak dan ia turut menerima bantuan baik pulih bumbung rumah menerusi YSIJ. 

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan bantuan keperluan bekalan makanan kepada semua mangsa pada 11 Jun lalu. – Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan