web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAS Sedang Kenal Pasti Individu Terlibat Pencemaran Sungai Sengkang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 8:38AM

Dr Famey Yusoff melihat anggotanya meletakkan ‘Oil Absobent Pad’ bagi menyerap sisa-sisa minyak di Kampung Baru, Sengkang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) sedang mengenal pasti individu atau pihak terlibat dengan pembuangan bahan kimia yang dikatakan menjadi punca pencemaran Sungai Sengkang di sini baru-baru ini.

Pengarah JASNJ Dr Mohd Famey Yusoff berkata beberapa individu telah dirakam percakapan mereka sejak kelmarin bagi membantu siasatan mengenai pencemaran itu di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

“Kita sudah panggil beberapa individu sejak semalam untuk membantu siasatan.

“Jadi pada tahap ini, saya tidak boleh memaklumkan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di sekitar lokasi kejadian semalam.

Awal semalam, pasukan JASNJ memeriksa sebuah premis di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang yang dipercayai menjadi stor penyimpanan kepada 116 tong IBC (kontena pukal pertengahan) berisi pelbagai campuran bahan kimia yang ditemukan kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd Famey berkata pemeriksaan itu dijalankan kerana lokasinya yang dekat dengan kawasan di mana pencemaran berlaku di sungai tersebut.

Beliau berkata pemeriksaan JASNJ turut mendapati premis itu beroperasi secara haram kerana tapak premis berstatus tanah pertanian.

“Tapak ini kita sudah kenal pasti sebagai lot tanah pertanian, jadi kalau kita tengok (tindakan pelaku ini) memang salah, dari segi penggunaan tanah itu pun sudah salah.

“Jadi secara tidak langsung, tapak ini adalah tapak haram dan stor penyimpanan bahan buangan kimia secara haram,” katanya tanpa menjelaskan sama ada terdapat kaitan antara premis itu dengan pencemaran di sungai tersebut.

Menyentuh kerja pembersihan di sungai itu dan parit yang terjejas, Mohd Famey berkata ia hampir selesai 100 peratus dan pihaknya masih menunggu laporan analisis mengenai beberapa sampel bahan kimia yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata pencemaran itu juga tidak mengganggu Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail yang merupakan LRA paling hampir kerana terletak lebih 20 kilometer. 

Tinjauan Bernama mendapati keadaan air sungai di sekitar lokasi kejadian bertambah baik manakala kerja pembersihan parit masih berjalan dan hanya beberapa kakitangan JASNJ dibenarkan masuk ke premis terbabit untuk menjalankan siasatan.

Ahad lepas, dua wanita dilapor dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala muntah dipercayai terhidu bahan kimia dari sebuah tangki di stor penyimpanan yang mengalir ke sungai berdekatan rumah mereka di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Aduan Pembakaran Terbuka Di Kelantan Meningkat Hampir 80 Peratus - JAS

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Penunggang Wanita Maut Motosikal Terbabas Rempuh Lori

3

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Cedera Dalam Kebakaran Gudang Simpanan Bahan Kimia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Mungkin Lantik Perunding EIA Sendiri Untuk Projek: Nik Nazmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan