web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Kapal Berlanggar Di Muar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 11:31AM

Keadaan ketika dua kapal berlanggar di perairan Muar. - Gambar ihsan APMM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Dua kapal, masing-masing terdiri daripada kapal tangki dan kargo berlanggar sesama sendiri di perairan Muar di sini, tengah malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 12.03 tengah malam itu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, maklumat mengenai kejadian berkenaan diterima Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru daripada Maritime Rescue Coordinator Centre (MRCC) Putrajaya. 

“Maklumat diterima melalui signal kecemasan daripada sebuah kapal kargo bertanda nama MV Zephyer Lumos, manakala signal kecemasan sebuah kapal tangki, MV Galapagos pula diterima melalui pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia, masing-masing di kedudukan kira-kira 15 batu nautika barat daya Kuala Sungai Muar,” katanya hari ini. 

Sejurus menerima maklumat, beliau berkata, ia disalurkan MRSC Johor Bahru kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pengkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset. 

Jelasnya, Kilat 47 daripada ZMBP, PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) dan bot RHIB R2011 TLDM telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar. 

“Hasil pemerhatian dan pemantauan di lokasi, kapal MV Zephyr Lumos disahkan telah terlanggar kapal MV Galapagos dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. 

Nurul Hizam berkata, pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan tindakan lanjut akan dijalankan. 

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk menghubungi talian hotline Pusat Maritim Negeri Johor di nombor 07-2199404 atau talian kecemasan MERS 999 sekiranya berlaku sebarang kecemasan di laut. - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan