web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jemaah Lengkap Vaksin COVID-19 Diberi Keutamaan Solat Jemaah - Mufti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 11:51AM

Datuk Abdul Halim Tawil (kanan) melihat cerapan anak bulan Zulhijah di Kompleks Falak Al Khwarizmi di Tanjung Bidara, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka beroleh keutamaan menunaikan solat jemaah di masjid serta surau negeri ini.

Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata, hal itu akan diperincikan pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebelum dilaksanakan.

“Harapan kita kalau boleh seramai mungkin (jemaah) tetapi keutamaan kepada mereka yang sudah menerima vaksin khususnya individu dikategorikan sebagai sihat.

“Bagi saya kita amat mengalu-alukan tetapi penerima vaksin ini majoritinya adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melihat cerapan anak bulan Zulhijah di Kompleks Falak Al Khwarizmi di Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Menurut beliau, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada situasi terkini COVID-19 di negeri berkenaan.

“Kalau situasi mengizinkan kita menambah bilangan jemaah di masjid dan surau, kita akan tambah.

“Tetapi kalau keadaan tidak mengizinkan, apa yang ada kita akan kekalkan seketika dan kami akan memantau situasi ini dari masa ke masa,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri membenarkan solat Jumaat ditunaikan sehingga 250 jemaah di tujuh masjid kerajaan, dan 100 jemaah di 188 masjid kariah serta institusi seluruh negeri bermula 2 Julai lalu.

Namun jemaah solat fardu dan jenazah dikekalkan kepada 12 orang seperti yang ditetapkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini pula dihadkan kepada 500 jemaah di tujuh masjid kerajaan negeri dan 100 jemaah di masjid kariah serta institusi. - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan