web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Vaksin Daerah Kalabakan Bermula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 4:25PM

Antara penduduk yang mendapatkan vaksin pada hari pertama PPV SK Kalabakan dibuka, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Penduduk di daerah ini boleh menarik nafas lega apabila menerima dos pertama vaksin COVID-19 pertama jenis Sinovac selepas lebih empat bulan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) 2021 dilancarkan.

Pegawai Daerah Kalabakan, Mohd Shaharuddin Chin berkata, dijangka sekitar 1,600 penduduk bakal menerima suntikan vaksinasi pertama sepanjang dua hari pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan, bermula semalam sehingga hari ini.

“Penduduk Kalabakan dianggarkan mencecah 40,000 orang, dan setakat ini pejabat daerah menerima data lebih 32,000 orang.

“Saya berharap dengan pembukaan PPV SK Kalabakan, penduduk dapat memberikan kerjasama hadir menerima suntikan vaksin,” katanya kepada media, di sini.

Mohd Shaharuddin yang baru seminggu bertugas di Kalabakan turut menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Tawau untuk membuka PPV di situ.

“Kini, penduduk tidak perlu bersusah payah ke Tawau yang terletak lebih 100 kilometer untuk menerima vaksin.

“Selepas ini, program vaksinasi akan diteruskan membabitkan pekerja ladang, dan pejabat daerah berharap ia mendapat kerjasama yang baik daripada pemilik atau majikan,” katanya yang turut melakukan pemantauan program vaksinasi di PPV SK Kalabakan, dengan diiringi Pegawai Kesihatan Daerah Tawau, Dr G Navindran.

Mohd Shaharuddin dan Navindran meninjau program suntikan vaksin di SK Kalabakan.
Mohd Shaharuddin dan Navindran meninjau program suntikan vaksin di SK Kalabakan.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti kaedah terbaik dalam melaksanakan program berkenaan memandangkan kedudukan ladang terletak jauh antara satu sama lain, selain kondisi vaksin yang tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.

Sementara itu, Navindran berkata, pihaknya mengambil pendekatan mendaftarkan orang ramai secara manual, susulan masalah liputan internet dan pemilikan peranti di Kalabakan.

“Setakat ini hanya sekitar 1,300 penduduk Kalabakan yang mendaftar menerima suntikan vaksin di MySejahtera dan kami memutuskan untuk mendaftarkan mereka secara manual bagi memudahkan urusan vaksinasi di sini.

“Buat masa ini, PPV SK Kalabakan hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad setiap minggu atas pelbagai faktor, antaranya kesempatan untuk penduduk hadir, khususnya mereka yang bekerja serta kekangan jumlah petugas kesihatan,” katanya.

Dr Navindran berkata, semua PPV di Tawau dan Kalabakan dijangka beroperasi serentak.

“Ini kerana kita disasarkan untuk menerima 10,000 bekalan vaksin dalam tempoh dua minggu ini,” katanya.

Seorang penduduk, Bernard Lampongok, 73, berkata, keyakinannya untuk hadir di PPV bermula selepas melihat laporan media mengenai penerimaan baik ramai warga emas terhadap suntikan berkenaan.

“Ada yang lebih tua dari saya, selain mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan sebagainya.

“Itu semua menguatkan keyakinan untuk divaksin hari ini,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad