web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sediakan Joran Berbanding Ikan, E-Kasih Johor Bantu Peserta Jana Pendapatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 9:08PM

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan membantu rakyat yang mempunyai kemahiran dengan menyediakan peralatan bersesuaian bagi membolehkan mereka menjana pendapatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zaiton Ismail berkata, golongan yang bakal dibantu itu adalah kumpulan peserta e-Kasih yang terdiri daripada individu kurang berkemampuan.

Menurut beliau, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa peralatan yang diyakini bersesuaian untuk diberikan kepada semua peserta berkenaan.

“Kami juga sudah mengenal pasti beberapa keluarga lain yang memerlukan bantuan, dan semua usaha ini akan digerakkan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

“Bantuan ini bukanlah daripada segi kewangan, tetapi pemberian peralatan yang sesuai dengan kemahiran mereka untuk meneruskan usaha menjana pendapatan,” katanya.

Memberikan contoh, Zaiton berkata, seorang penerima bantuan sebelum ini didapati memiliki kemahiran menghasilkan kuih karipap, justeru peralatan dan latihan bersesuaian akan disediakan untuknya bagi memastikan kepandaian itu boleh diguna bagi menjana pendapatan buat membantu keluarga.

Jelas Zaiton, bantuan ikhtiar hidup kepada peserta e-Kasih itu juga akan terus diperluaskan dan pihaknya akan memastikan para peserta berkenaan yang sebelum ini tidak memiliki pendapatan dapat meneruskan kehidupan, sekali gus menghasilkan rezeki untuk keluarga masing-masing.

“Kita akan memastikan lebih ramai peserta e-Kasih dibantu. Mereka seharusnya diberi peluang  untuk menjana pendapatan, khususnya ketika berhadapan saat getir akibat pandemik COVID-19,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan