web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Baharu Di Bawah Angka 9,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 4:46PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu harian COVID-19 mencatatkan angka melebihi 9,000, hari ini kes baharu menurun kepada 8,574 menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 844,870.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan (794); Kuala Lumpur (609); Kedah (415); Melaka (411) dan Johor (407).

Selain itu, Pahang mencatatkan 314 kes; Sabah (298); Sarawak (235), Pulau Pinang (231); Perak (168); Terengganu (140); Kelantan (133); Labuan (66) dan Putrajaya (45).

Tiada kes baharu COVID-19 di Perlis.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkata daripada 8,574 kes baharu, sebanyak 8,534 melibatkan penularan dalam negara manakala 40 kes import.

Beliau berkata sebanyak 5,041 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 747,338.

“Kes aktif kini mencatatkan 91,272 manakala jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seramai 964 orang dengan 452 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 102 kematian direkodkan hari ini melibatkan 97 warganegara dan lima warga asing, menjadikan angka keseluruhan korban akibat wabak itu kini 6,260 orang.

Sementara itu, beliau berkata 16 kluster baharu dikesan hari ini dengan lapan daripadanya adalah penularan dalam komuniti, lima kluster penularan di tempat kerja dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi.

Kluster komuniti direkodkan ialah kluster Kampung Pulau Kundur, Jalan Dusun Langgar dan Lorong Kubur Maras di Kelantan; kluster Tanjung Gelam dan Tok Molor di Terengganu; kluster Rantau Kesidang (Pahang); kluster Ketior Dalam (Perak); dan kluster Kampung Kendaie (Sarawak).

Kluster tempat kerja pula ialah kluster Resort Sepang dan Industri Jalan Utas di Selangor; kluster Tapak Bina Jalan Cendana (Kuala Lumpur); kluster Lorong Sentosa Satu (Negeri Sembilan) dan kluster Putrajaya 15 (Putrajaya).

Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi pula adalah kluster Bayam Tiga di Selangor; kluster Taman Utama Satu (Johor) dan kluster Seksyen 14 Jalan Bayam (Kelantan). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad