web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Parlimen Muar Diteruskan, Jalan Tegak! - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 9:33PM

Syed Saddiq berkata pihaknya menubuhkan lebih 20 stesen pengagihan bantuan di seluruh daerah, namun ia jelas masih belum mencukupi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan diagihkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar tidak akan dihentikan walaupun premis itu sudah diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Menegaskan perkara ini, Ahli Parlimen berkenaan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mereka tidak boleh menolak atau meminggirkan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, apatah lagi apabila kesemua pemohon jelas berada dalam keadaan terdesak.

Menurut beliau, premis berkenaan dikunjungi lebih 100 pemohon setiap hari, dan jumlah itu mencakupi penduduk yang datang dari seluruh pelusuk Muar.

“Muar ini satu jajaran yang amat panjang dan ada antara mereka, memandu sehingga 40 minit untuk mendapatkan bantuan dari pejabat. Majoritinya pula golongan sudah berusia, takkan saya hendak arah mereka pulang begitu sahaja?

“Saya tak boleh menolak permintaan mereka (untuk mendapatkan bantuan). Mereka amat memerlukan, jika tidak, tak mungkin mereka sanggup beratur (panjang) dan menunggu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), mantan Menteri Belia dan Sukan itu bergerak aktif menghulurkan sumbangan, termasuk mewujudkan bank makanan (food bank) bagi mengisi keperluan golongan terjejas di seluruh Muar.

Susulan lambakan orang ramai pada skala ‘luar biasa’ sejak Ahad lalu, premis tersebut diarah tutup oleh polis pada Selasa.

Penutupan itu disahkan sendiri oleh Syed Saddiq hari ini.

Beliau menarik perhatian, permohonan beroperasi untuk Parlimen Muar itu sudah diluluskan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sejak 5 Jun lalu dan ia membabitkan keseluruhan kawasan parlimen.

“Dari tahun lepas, memang pejabat saya agih bantuan kepada lebih 10,000 keluarga.

“Saya hormat pandangan Ketua Polis Johor tapi saya tak ada kuasa untuk arah rakyat Muar untuk pulang tangan kosong. Kalau mereka nak datang, mereka datang,” tegasnya.

Syed Saddiq memaklumkan, pihaknya menubuhkan lebih 20 stesen pengagihan bantuan di seluruh daerah yang digerakkan oleh barisan sukarelawan dimiliki, namun ia jelas masih belum mencukupi.

“Kita ada banyak tempat untuk mengambil sumbangan namun masih tidak mencukupi, kerana itu pemohon datang ke pejabat Parlimen.

“Tahukah anda, ada yang datang dari luar kawasan, termasuk Pagoh dan di Muar, mereka tetap dilayan sama rata walaupun keutamaan kami adalah penduduk setempat,” katanya.

Bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu juga menyatakan kesediaan untuk memberi sepenuh kerjasama dengan pihak berkuasa, namun pengagihan bantuan tetap diteruskan walau dengan apa cara sekali pun.

“Rumah ke rumah dah buat, agih ke ketua kampung dah buat. Tapi tak cukup. Sebab itu tutup pejabat bukan penyelesaian.

“Pasukan saya akan hubungi pihak berkuasa untuk mereka bantu kami di pejabat. Kita sama-sama bantu rakyat Muar,” tegasnya. - Getaran, 14 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka