web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sembunyi Warga Asing Dalam Bonet, Lelaki Cuba Rentas Negeri Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 5:34PM

Tiga warga asing yang ditemui bersembunyi di dalam bonet kereta dalam pemeriksaan di SJR.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HUTAN MELINTANG - Cubaan seorang lelaki menyembunyikan tiga warga asing di dalam bonet kereta untuk merentas sempadan negeri, gagal apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di kilometer 30, Jalan Feri di sini, hari ini.

Dalam penahanan jam 6 pagi itu, suspek berusia 36 tahun berasal dari Batu Caves, Selangor, bersama tiga warga Indonesia itu turut didapati tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri yang sah.

Difahamkan, ketiga-tiga warga Indonesia berusia 18 hingga 36 tahun itu juga tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, anggotanya yang sedang menjalankan SJR di lokasi berkenaan menahan sebuah kereta Perodua Bezza untuk pemeriksaan.

Katanya, pemeriksaan di bonet kereta berkenaan kemudiannya menemui tiga warga asing berkenaan yang disembunyikan dalam keadaan berhimpit-himpit.

“Siasatan mendapati kereta berkenaan dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Hutan Melintang dan dipercayai hendak ke Batu Gajah untuk mencari pekerjaan sebagai tukang kebun.

“Pemandu kereta tersebut yang juga warga tempatan dipercayai bertindak sebagai penghantar dengan mengenakan caj RM100 untuk seorang,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, pemandu kereta terbabit sudah direman selama empat hari manakala tiga warga Indonesia itu ditahan 14 hari untuk dituduh atas kesalahan tiada dokumen perjalanan diri yang sah mengikut Akta Imigresen.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 serta Sek 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB). - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka