web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Terhadap Pihak Langgar SOP Solat Aidiladha Di P Pinang - KDN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 7:35PM

Hamzah berkata tindakan tegas juga akan diambil terhadap pihak yang menganjurkan majlis di kawasan terbuka tersebut. Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat sunat  Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan tegas juga akan diambil terhadap pihak yang menganjurkan majlis di kawasan terbuka tersebut seperti dipaparkan dalam video yang tular di media sosial.

Katanya Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah sudah memulakan siasatan terperinci terhadap video tular berkenaan.

“Ketua Polis Pulau Pinang (Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain) juga diminta untuk memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggota PDRM yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan terutamanya semasa Aidiladha tahun ini.

“Jabatan Imigresen turut diarahkan untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1959/63 sekiranya ia melibatkan warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman awam sementara siasatan dimuktamadkan.

Hari ini, tular sebuah klip video di media sosial memaparkan ratusan individu dipercayai menunaikan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang.

Video yang dikongsi ramai pihak itu menerima pelbagai reaksi selain turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan penguatkuasaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan