web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jamuan Aidiladha Langgar SOP, 31 Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 4:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengadakan jamuan Aidiladha, sekumpulan 31 warga asing termasuk seorang wanita tempatan ditahan di sebuah rumah di Taman Selayang Utama, Batu Caves, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima maklumat daripada orang awam berhubung penganjuran jamuan berkenaan pada jam 10 pagi.

Menurut beliau, empat daripada warga asing itu memiliki dokumen perjalanan sah, manakala enam lagi dikesan memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh.

“Seramai 20 lagi langsung tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan kesemua mereka telah melakukan kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Mereka bukan sekadar tidak mengamalkan penjarakan fizikal, bahkan turut bersalah memiliki PLKS yang tamat tempoh dan memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan,” katanya di sini hari ini.

Zainal memberitahu, kesemua individu itu berusia antara 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan cuai yang mungkin membawa kepada jangkitan penyakit berbahaya.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) 1959/63, membabitkan kesalahan menetap di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan.

“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok bagi permohonan tahanan reman,” katanya.

Wanita tempatan yang turut ditahan ketika serbuan itu pula dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, (PPN) 2021. - Getaran, 21 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki