web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempoh Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak Sektor Awam Dilanjut 2 Tahun - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 2:52PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh lantikan pegawai perubatan kontrak sektor awam selama dua tahun selepas mereka melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan berkenaan diambil bagi membolehkan perkhidmatan mereka dapat diteruskan, sekali gus mempersiapkan diri masing-masing sebelum mengikuti pengajian kepakaran.

Menurut beliau, ia adalah langkah segera dipersetujui Kabinet, hasil pembentangan kertas cadangan oleh Kementerian Kesihatan membabitkan penambahbaikan kumpulan petugas perubatan kontrak, 14 Julai lalu.

"Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran, bagi tempoh maksimum empat tahun.

"Langkah ini bagi memastikan kumpulan pegawai yang berkenan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing," katanya.

Perdana Menteri berkata, Kabinet dengan jelas turut memahami kebimbangan dan masalah dihadapi barisan petugas kontrak itu, khususnya yang berkait dengan laluan kerjaya mereka.

“Pelantikan secara kontrak ini akan diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap, malah mereka turut berpeluang menikmati faedah seperti Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.

“Kerajaan tidak pernah menafikan sumbangan penting diberikan petugas kesihatan kontrak ini dan sedar bahawa peranan mereka amat penting dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, apatah lagi di saat negara berhadapan pandemik COVID-19,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, antara persetujuan lain yang turut dicapai adalah menambah baik kemudahan atau faedah ditawarkan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak.

"Ini termasuk faedah seperti Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal," jelasnya.

Semua keputusan berkenaan jelas beliau, membantu memberi ruang kepada kerajaan untuk memuktamadkan kajian pembaharuan sistem kesihatan, termasuk memperhalusi segala perincian terkandung dalam Akta Perubatan 1971.

“Kerajaan akan terus komited dalam memastikan kebajikan petugas kesihatan kontrak diberi perhatian sepenuhnya,” katanya. – Getaran, 23 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

4

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi