web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangkit Misteri Komputer Riba, Syed Saddiq Bidas Ahli Parlimen Menikus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 8:37PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Misteri 150,000 komputer riba terus dibangkitkan di Sidang Khas Parlimen hari ini, selepas hampir setahun ia diumumkan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sehingga hari ini janji kerajaan Perikatan Nasional itu kekal sebagai janji, apabila peranti dijanjikan masih tidak kunjung tiba.

Beliau turut membidas majoriti Ahli Parlimen apabila hanya garang di media sosial, tetapi menikus di Dewan Rakyat.

“Mana UMNO, dalam media sosial ‘pung pang pung pang’ bercakap, tetapi dalam Dewan sunyi sepi. Jangan takut lah. Jika mereka ugut, kita lawan. Kalau nak lawan, lawan betul-betul,” tempelaknya sambil disahut sokongan Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pandemik COVID-19 mengakibatkan lebih 500,000 keluarga yang sebelum ini tergolong dalam kelas pertengahan terhumban ke dalam golongan B40 apabila berdepan kemelut kewangan.

“Kerana pandemik, terdapat lebih sejuta rakyat menganggur dan jumlah ini dijangka mengalami pertambahan sehingga 500,000 lagi dalam tempoh dua atau tiga bulan.

“Kadar kemiskinan negara meningkat lebih dua kali ganda. Rakyat semakin sengsara tetapi pada masa sama, kajian menunjukkan bahawa 50 individu terkaya di Malaysia merekodkan peningkatan kekayaan sehingga 14 peratus. Jelas di sini, yang miskin akan bertambah miskin manakala yang kaya terus (menjadi) kaya,” tegasnya.

Pada sidang berkenaan, Syed Saddiq turut membangkitkan isu Hartal Doktor Kontrak yang dilaksanakan di sebahagian besar hospital seluruh negara, bermula jam 11 pagi tadi.

" Saya cadangkan supaya kita membantu golongan doktor kontrak ini yang sememangnya amat memerlukan peruntukan tambahan.

“Kerajaan jangan takut dengan syarikat besar, kenakan sahaja cukai tukaran wang asing kepada mereka, agar pulangan itu dapat digunakan bagi membela kebajikan doktor kontrak ini,” katanya. – Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang