web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rogol Kambing, Warga Emas Direman Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 5:40PM

Bangkai kambing yang mati akibat perbuatan keji suspek. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAWANG - Seorang warga emas akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu esok, selepas merogol seekor kambing betina, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 6.24 petang semalam, di Balai Polis Serendah, yang dibuat seorang wanita tempatan.

Menurut beliau, pengadu yang berusia 45 tahun memaklumkan terdengar bunyi kambingnya mengembek dari kandang yang dibina di bahagian belakang rumah pada jam 1.30 petang semalam.

“Apabila diperiksa, wanita terbabit menemui seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah haiwan berkenaan, sebelum suspek bertindak melarikan diri.

“Pemeriksaan dibuat pengadu juga mendapati kambing miliknya itu telah mati akibat perbuatan keji suspek,” katanya di sini.

Susulan kejadian jelas Arsad, polis melancarkan gerakan memburu suspek dan berjaya menahan lelaki terbabit yang juga warga tempatan, di kawasan semak Jalan Tengah di Kampung Sungai Buaya di sini pada jam 10.50 pagi tadi.

“Semakan mendapati dia turut memiliki rekod jenayah lampau dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, suspek jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

“Bangkai haiwan terbabit dihantar ke makmal Jabatan Verterinar untuk dibedah siasat,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Keropok Beracun: Lelaki Direman 6 Hari

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang