web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar Titah Agong, PM Dan Kabinet Perlu Letak Jawatan - PEJUANG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 4:54PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama seluruh jemaah menteri perlu mengambil jalan terhormat untuk segera berundur dari jawatan masing-masing.

Kumpulan Ahli Parlimen PEJUANG berkata, itu adalah satu-satunya cara untuk mengakhiri kemelut politik yang sedang berlaku ketika ini

Katanya, tindakan tersebut membolehkan tumpuan penuh diberikan kepada usaha untuk menyelesaikan krisis kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda negara sejak lebih 17 bulan lalu.

“Ahli-Ahli Parlimen PEJUANG menjunjung kasih atas penjelasan daripada Istana Negara berkaitan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Kami juga berpendapat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh jemaah menteri perlu mengambil jalan terhormat dengan berundur dari jawatan, atas semua tindakan yang melanggar prinsip Demokrasi Berparlimen serta penghinaan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh empat Ahli Parlimen PEJUANG diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Jerlun), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Mereka berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin serta jemaah menterinya pada 26 Julai lalu cuba untuk memperdaya Dewan Rakyat dengan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan agar Ordinan-Ordinan Darurat dibatalkan pada 21 Julai 2021.

Bagaimanapun, tembelang tersebut pecah apabila Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi pada 29 Julai lalu, yang jelas membuktikan segala apa dinyatakan di Dewan Negara itu bercanggah dengan titah baginda kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai.

“Takiyuddin dan Idrus telah mempersembahkan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membatalkan semua Ordinan Darurat.

“Baginda bagaimanapun tidak memperkenankan cadangan tersebut sebaliknya menitahkan supaya perkara itu dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan.

“Titah baginda itu bagaimanapun tidak dilaksanakan dan ini bukti jelas bahawa Perdana Menteri serta seluruh Jemaah Menteri melanggar perkara 36(7) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menegah mana-mana pihak dari menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri-Negeri untuk tujuan mempengaruhi Majlis Mesyuarat,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi