web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Kemeriahan, Jonker Street Sepi Undang Duka Peniaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 3:19PM

Jonker Street kini sunyi, ada peniaga yang sudah gulung tikar dan ada pula yang hanya menunggu masa untuk menutup operasi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Hilang sudah kemeriahan dan keriuhan yang satu ketika dahulu merajai suasana.

Deretan kedai dan gerai sarat pelanggan, malah kawasan parkir yang sentiasa penuh walaupun di lokasi berbayar tidak lagi kelihatan.

Segalanya sunyi, sepi, menjadikan destinasi terkenal seluruh Malaysia ini seakan mati.

Getaran yang membuat tinjauan di Jonker Street terpana, melihat kegemilangan itu kian sirna, dikubur virus COVID-19 durjana.

Ancaman virus berasal dari Wuhan ini nyata begitu parah, apabila seluruh dunia dilanda kemelut ekonomi, dan Jonker Street tidak terkecuali.

Terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong, domestik mahupun antarabangsa, kemegahan Jonker Street tidak lagi seperti dulu, apabila perniagaan yang ada majoritinya menunggu masa menyembah ke bumi.

Segelintir mereka sudah terlebih awal menyerah kalah, menghentikan operasi dan gulung tikar.

Menjadikan sekatan perjalanan dan larangan merentas negeri serta daerah faktor utama, Jonker Street sememangnya tidak akan mampu bertahan tanpa kehadiran pelancong.

Sana sini kelihatan kain rentang digantung, bagi tujuan pengiklanan untuk, sama ada untuk urusan jual beli atau sewaan premis.

 Gan Tian Loo
Gan Tian Loo

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Street, Datuk berkata, semua peniaga di kawasan terbabit menanggung kerugian jutaan ringgit sejak penutupan sektor pelancongan.

Hampir 95 peratus premis di lokasi itu katanya, terpaksa ditutup sejak Januari apabila tidak lagi mampu menanggung kos operasi dan sewa kedai.

"Keseluruhan di Jonker Walk terdapat 500 premis tetapi di kawasan tumpuan iaitu Jonker Street terdapat kira- kira 100 kedai, dan kini yang masih tinggal hanya sekitar lima peratus, itupun ‘hidup segan, mati tak mahu’.

"Pelbagai usaha sudah dijalankan untuk menghidupkan kembali Jonker Street termasuk melakukan promosi secara dalam talian namun ia tidak menampakkan hasil,” keluhnya.

Tian Loo berkata, penutupan operasi oleh pengusaha inap desa, hotel bajet dan farmasi ternama turut memberi kesan secara tidak langsung kepada penarik beca, yang selama ini bergantung kepada kehadiran pelancong serta pengunjung tempatan.

"Saya ada mengadakan perjumpaan bersama persatuan penjaja, peniaga serta pengusaha kedai baru- baru ini dan mereka mengadu tidak lagi dapat beroperasi kerana sewa yang tinggi.

“Walaupun ada beberapa pemilik premis yang mengurangkan kadar sewaan sehingga 30 peratus, namun ia tidak mencukupi untuk membantu mereka meneruskan perniagaan, “ katanya.

Menurut Tian Loo, kerajaan dalam hal ini diharapkan dapat membantu memberi pengurangan cukai taksiran kepada semua pemilik bangunan, bagi membolehkan mereka mengurangkan beban yang ditanggung.

"Saya amat berharap kerajaan pusat dan negeri dapat memberi bantuan kepada pekedai dan penjaja di kawasan Jonker Street kerana ia lokasi tumpuan pelancong.

"Hal ini turut memberi impak kepada penarik beca yang sudah hampir setengah tahun tidak bekerja, kasihanilah mereka. Walaupun kami ada memberi bantuan, namun ia tetap tidak mencukupi," katanya.

Ramli Hussin
Ramli Hussin

Sementara itu, peniaga Cendol Jam Besar, Ramli Hussin mengakui, perniagaannya terjejas teruk sehingga terpaksa mengurangkan jumlah pekerja kepada lima, berbanding 11 sebelum ini.

"Boleh katakan pendapatan terjejas hingga 60 peratus. Jika dulu cendol dan ABC mampu terjual lebih 1,000 mangkuk sehari tetapi kini untuk (menjual) 500 (mangkuk) pun payah.

"Walaupun begitu saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat lagi berniaga untuk mencari pendapatan. Harapan saya jika tidak dibenarkan rentas negeri, benarkanlah rentas daerah agar ia dapat membantu peniaga seperti kami," katanya. - Getaran, 10 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad