web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Akta Siasat Individu Hina MB Satu Penindasan - AMK Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 5:55PM

Mohammed Firdaus Johari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Penggunaan beberapa akta bagi menyiasat empat individu yang ditahan kerana didakwa menghina Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini, dianggap sebagai satu bentuk penindasan terhadap kebebasan bersuara selain merosakkan konsep semak dan imbang rakyat terhadap kerajaan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari serta Setiausaha Biro Guaman dan Undang-Undang AMK Pusat, Darwin Lim Chee Chien berkata, tindakan itu dikhuatiri akan menimbulkan ‘culture of fear’ hingga menyebabkan rakyat tidak lagi berani mengamalkan hak mereka, sedangkan ia dijamin dalam Perlembagaan.

Sehubungan itu katanya, Muhammad Sanusi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menghentikan penggunaan akta tertentu terhadap empat individu berkenaan kerana dianggap menindas kebebasan bersuara rakyat.

“Siasatan polis terhadap empat individu tersebut merupakan satu tindakan zalim serta melanggar kedaulatan undang-undang negara atas kebebasan bersuara, yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu kami menggesa pihak polis supaya menghentikan segera penggunaan akta-akta tersebut terhadap individu terbabit,” katanya.

Setakat ini media melaporkan, terdapat empat individu yang ditahan kerana didakwa menghina Menteri Besar baru-baru ini.

Empat individu berkenaan termasuk seorang warga emas berusia 61 tahun berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan yang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Baru-baru ini Muhammad Sanusi berdepan kecaman hebat kerana berjenaka mengenai kontena sejuk beku yang dijadikan tempat penyimpanan jenazah mangsa COVID-19 di Kedah.

Jenaka itu dianggap sebagai ‘tidak kena tempat’ apabila beliau meminta sesiapa yang ingin masuk ke dalam kontena berkenaan supaya segera memberikan nama.

Muhammad Sanusi bagaimanapun meminta maaf dengan menyatakan, jenaka tersebut hanya ditujukan kepada golongan wartawan di Kedah yang telah dianggapnya sebagai ahli keluarga dalam kariernya.

Dalam kenyataan sama, Mohammed Firdaus dan Darwin berpendapat Muhammad Sanusi harus mengambil tanggungjawab penuh terhadap segala yang berlaku.

“Beliau perlu memohon maaf kepada rakyat disebabkan kegagalannya menunjukkan tauladan baik sebagai seorang pemimpin,” katanya. - Getaran 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Politik 3 bulan yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi