web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konflik Manusia-Gajah Menurun 44 Peratus - PERHILITAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2021 6:34PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerugian akibat konflik manusia-gajah berjaya dikurangkan sehingga 44 peratus, hasil pengukuhan program perlindungan serta pemuliharaan yang dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pengurangan bagi tempoh 2015 hingga 2018 itu amat signifikan, serentak dengan penubuhan dua pusat pemuliharaan gajah baharu iaitu Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Terengganu dan Santuari Gajah Johor.

Menurut beliau, dua pusat berkenaan berjaya memainkan peranan sebagai alternatif kepada kawasan perlindungan khususnya dalam menjayakan program pemuliharaan haiwan berkenaan.

“Santuari Gajah Perak seluas 20,000 hektar di  kawasan Hutan Simpanan Amanjaya dan Taman Negeri Royal Belum juga akan dibangunkan sebagai strategi pengurusan konflik manusia-gajah bagi, khusus untuk negeri Perak,” katanya hari ini, sempena sambutan Hari Gajah Sedunia 2021.

Abdul Kadir menarik perhatian, Semenanjung Malaysia merekodkan populasi gajah liar sebanyak 1,220 hingga 1,680, meliputi tujuh negeri utama iaitu Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Bagi mengekalkan dan melindungi populasi haiwan berkenaan, PERHILITAN di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) membangunkan beberapa pelan tindakan sebagai panduan dalam mengukuhkan usaha pemuliharan gajah.

“Antaranya ialah Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia, Manual Tangkapan Gajah di Semenanjung Malaysia, Pelan Tindakan Strategik Pengurusan Konflik Manusia-Gajah Semenanjung Malaysia, dan Pelan Pengurusan Santuari Gajah Sungai Deka,” ujarnya.

Menurutnya, konservasi gajah bukanlah menjadi tugas Jabatan PERHILITAN semata-mata tetapi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia.

“Semua pihak harus berganding bahu memperhebatkan usaha dalam konservasi gajah  demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang,” katanya. - Getaran, 12 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang