web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Emas Ziyad Dirampas, Tentera Bawang Mengganas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 10:14PM

Ziyad Zolkefli - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berhasil ‘mengoyakkan’ Israel di media sosial, netizen Malaysia atau lebih dikenali sebagai ‘Tentera Bawang’ mengganas lagi.

Kali ini perjuangan mereka difokuskan kepada usaha mengembalikan pingat emas milik atlet lontar peluru negara, Mohd Ziyad Zolkefli yang dibatalkan apabila menerima bantahan kontinjen Ukraine.

Ziyad yang bertanding dalam kategori F20 di Sukan Paralimpik Tokyo terdahulu berjaya mempertahankan pingat emas dimenanginya di Rio pada 2016, selepas membuat lontaran sejauh 17.94 meter.

Pencapaian itu membolehkan beliau mencipta rekod dunia baharu, selain turut memecahkan rekod Sukan SEA dan kebangsaan, masing-masing dengan jarak 17.74 serta 17.54 meter.

Kegembiraan Ziyad bagaimanapun direntap apabila penyertaannya dibatalkan atas alasan yang sangat tidak munasabah, sekali gus mengundang kemarahan ramai.

Atlet berjiwa besar berusia 31 tahun itu didakwa lewat memasuki ‘call room’, hingga membuatkan penyertaannya dianggap sebagai tidak sah.

Pembatalan berkenaan menyebabkan pingat emas yang sepatutnya menjadi milik Ziyad diberikan kepada naib johan, Maksym Koval dari Ukraine.

Berang dengan keputusan tidak masuk akal itu, ‘Tentera Bawang’ bertindak meluahkan kemarahan masing-masing di Twitter, termasuk mendesak kerajaan segera melancarkan protes balas bagi membolehkan kemenangan kembali menjadi milik Ziyad.

Sehingga jam 9.54 malam, tanda pagar #Ziyad digunakan lebih 217,000 kali, sebagai menyatakan sokongan terhadap atlet negara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam ciapan di Twitter berkata, Malaysia sedang berusaha memastikan protes balas mereka diterima jawatankuasa penganjur, apatah lagi protes diberi Ukraine amat lemah dan tidak meyakinkan.

Malaysia katanya, sudah menyertakan segala bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan panggilan telefon di ‘call room’ bagi membantah protes berkenaan.

Beliau juga memberi gambaran, negara masih mempunyai harapan untuk mendapatkan kembali emas kedua Malaysia itu.

Getaran difahamkan, usaha mengembalikan semula kemenangan milik Ziyad turut disertai tiga mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Mohd Reezal Merican Naina Merican. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Liek Hou Sukar Digugat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kedudukan Ranking Liek Hou Tidak Penting - Rashid

3

Sukan 2 tahun yang lalu

2021, Pahit Dan Manis Arena Sukan Negara

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Bonnie Bunyai Kekal Juara Dunia Powerlifting

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka