web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SNBJ Tak Mampu Beli Kanvas Tutup Padang, MFL Akan Buat Kenyataan Rasmi

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 4:17PM

Keadaan padang yang teruk di SNBJ bukan perkara baharu, kerana ia pernah berlaku sewaktu aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain Jun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan membuat penjelasan rasmi berhubung pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak mempunyai kanvas bagi menutup padang, semasa perlawanan akhir antara TFC menentang JDT, semalam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ini kerana perkara tersebut berada di bawah kelolaan MFL. 

"Ini di bawah kawalan dan bidangkuasa MFL.

"MFL akan buat statement (kenyataan rasmi) nanti," katanya ringkas kepada Getaran, hari ini. 

Dalam pada itu, sumber MFL ketika ditanya berkenaan perkara itu enggan mendedahkan dan mengulas lanjut.

Menurut beliau, ia bagi menghormati pengurusan tertinggi MFL dan memberi jaminan, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berkenaan isu tersebut.

"Saya tak boleh nak dedahkan perkara itu dengan lebih lanjut. Saya tak boleh langkau kuasa pihak atasan MFL.

"Saya yakin pihak pengurusan tertinggi  MFL mengetahui berkenaan isu itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam waktu terdekat kepada media," katanya.

Keadaan padang yang teruk di SNBJ bukan perkara baharu, kerana ia pernah berlaku sewaktu aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain Jun lalu.

Ketika itu, netizen dan penyokong sepakat melahirkan rasa tidak puas hati dengan kualiti padang yang digenangi air di Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga terpaksa disodok secara 'manual' menggunakan penyodok dan kadbod untuk mengeringkan air.

Insiden itu jelas mengundang ketawa dan seterusnya tular di media sosial, apatah lagi selepas kerajaan membelanjakan RM1 billion untuk menaik taraf kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2015.

Majoriti mencadangkan, jentera menolak air seharusnya digunakan seperti yang dipraktikkan oleh kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Ketika SNBJ dilabel antara venue tercantik dan termoden di rantau ini, situasi itu sebenarnya membuktikan ia jauh meleset, dengan kemudahan teknikal tahap minima yang terdapat di fasiliti tersebut.

Perkara itu juga bukanlah situasi yang jarang berlaku kerana sebelum ini, beberapa aksi persahabatan dan final Liga Malaysia pernah berdepan masalah air bertakung susulan hujan lebat yang turun sebelumnya. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan