web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hampir Hilang Nyawa, Firdaus Bangkit Pecah Rekod Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 6:04PM

Firdaus bergambar bersama pingat emasnya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pernah berdepan detik hampir maut akibat kemalangan jalan raya pada 2011, perenang Pulau Pinang, Firdaus Fariduddin Noordin bangkit daripada mimpi ngeri dengan melakar kejayaan pada temasya Para Sukan Malaysia (PARA SUKMA) 2022, hari ini.

Kelibat Firdaus ternyata mencuri tumpuan pada hari pertama renang PARA SUKMA 2022 dengan memecah rekod kebangsaan seterusnya merangkul emas acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki S8-S9 (kecacatan fizikal) di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Firdaus mencatat 6 minit dan 05.70 saat (s) untuk memadam rekod terdahulu milik Dato Anak Lamok dari Sarawak menerusi catatan 6:17.66s pada edisi 2018 di Perak.

Atlet berusia 23 tahun itu meninggalkan pesaing dari Sarawak, Emban Utik yang merangkul perak dengan merekodkan 6:54.79s serta Mohd Helmi Jasin dari Kedah menerusi catatan 7:34.38s.

Menceritakan kembali detik hitam dialaminya 11 tahun lepas, Firdaus berkata kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan dekat Bidor, Perak, mengakibatkannya hilang kaki kiri.

“Saya, emak serta kakak mahu pergi bercuti di Nilai sebelum bas yang saya naiki melanggar sebuah lori pasir … selepas kemalangan, saya bawa emak dan kakak turun.

“Selepas itu, saya perasan ada sebuah lagi lori merempuh bas…ketika itu lah saya terus menolak emak dan kakak ke tepi sebelum bas tersebut tiba-tiba bergerak ke depan lalu menyebabkan enjin bas menghimpit sekali gus menghancurkan kaki kiri saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat.

Bukan itu sahaja, cemuhan diterima sewaktu zaman persekolahan tidak melunturkan semangatnya untuk membuktikan kekurangan dialaminya bukan alasan untuk berjaya.

“Saya tak rasa kecewa selepas kemalangan, mungkin ketika itu saya belum dewasa lagi.

“Selepas tamat persekolahan, saya buat keputusan untuk mencuba sukan renang … Alhamdulillah berkat dorongan keluarga dan latihan dijalani selama ini, membawa saya sehingga ke tahap hari ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang menjadikan legenda renang Amerika Syarikat Michael Phelps sebagai idolanya, berharap pencapaian dilakar hari ini dapat membuka jalan baginya untuk mewakili negara selepas ini.

Perenang kelahiran Batu Maung itu kemudian menambah koleksi pingat dengan merangkul gangsa acara 100m kuak lentang lelaki S9 (kecacatan fizikal) apabila melakar masa 1:30.67s.

Jaflee Jikol dari Sabah muncul juara dengan memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 1:20.61s berbanding catatan terdahulu 1:27.91s di sebuah kejohanan Julai lepas manakala atlet Selangor, Muhd Safwan Suhaimi membawa pulang perak (1:27.47s). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: Tiada Penglibatan Dalang Setakat Ini - Imigresen

2

Semasa 7 bulan yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Tahanan DTI Lari: Tambahan 100 Anggota JIM, PGA Digerakkan Pagi Ini - Ruslin

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang