web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tahanan DTI Lari: Tambahan 100 Anggota JIM, PGA Digerakkan Pagi Ini - Ruslin

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 12:03PM

Ruslin Jusoh - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tambahan 100 anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah digerakkan pagi ini untuk membantu mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri malam semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua PATI berkenaan adalah tahanan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bidor.

Menurut beliau, seorang daripada 131 yang melarikan diri itu maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di di KM 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

“JIM dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang giat menjalankan operasi bagi menangkap semula 130 tahanan dari 131 tahanan yang melarikan diri. 

“Seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PGA dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dikerahkan sejak malam tadi untuk mengesan tahanan tersebut,” katanya. 

Ruslin berkata, JIM memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Bilik Gerakan DTI Bidor
05-4348736.

“Orang ramai juta boleh menghubungi Balai Polis Bidor di talian 05-4342222 atau Balai Polis Tapah di nombor 05-4011222,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi dipetik BERNAMA sebagai berkata 115 tahanan terdiri daripada etnik Rohingya, manakala 16 lagi ialah warga Myanmar.

Katanya, pencarian kesemua tahanan yang lolos dan siasatan masih diteruskan dengan bantuan pegawai dan anggota PGA Batalion 3 Bidor.

“Kami turut mendapatkan bantuan  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: Tiada Penglibatan Dalang Setakat Ini - Imigresen

3

Semasa 7 bulan yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: 39 Ditahan Setakat 8 Malam Tadi - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi