web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Argentina Iringi Belanda Ke Suku Akhir Piala Dunia

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 11:06AM

Messi meraikan kemenangan Argentina selepas tamat perlawanan. - Gambar dari Twitter FIFA World Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Argentina menundukkan Australia 2-1 pada Sabtu dan akan bertemu Belanda pada suku akhir Piala Dunia FIFA 2022, lapor Agensi Anadolu.

Bintang Argentina Lionel Messi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 apabila rembatannya di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Australia, Mathew Ryan.

Penyerang Paris Saint-Germain itu menjaringkan gol pertamanya di peringkat kalah mati Piala Dunia untuk membolehkan Argentina mendahului separuh masa pertama dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmad Bin Ali milik Ar-Rayyan.

Argentina menambah jaringan pada minit ke-57 menerusi penyerang Manchester City, Julian Alvarez.

Australia merapatkan kedudukan pada minit ke-77 hasil rembatan Craig Goodwin.

Argentina seterusnya akan bertemu Belanda pada perlawanan suku akhir yang dijadual pada Jumaat.

Belanda, sebelum itu, menumpaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 pada Sabtu untuk menjadi pasukan pertama mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA.

Gol pertama Belanda diperoleh pada minit ke-10 hasil jaringan Memphis Depay selepas mendapat umpanan menarik daripada Denzel Dumfries.

Belanda menggandakan jurang jaringan pada masa kecederaan menerusi jaringan Daley Blind yang mematikan langkah penjaga gawang Matt Turner.

Gol tunggal pasukan AS dihasilkan pada minit ke-75 menerusi pemain Haji Wright.

Belanda terus mengorak langkah dengan memperoleh gol ketiga pada minit ke-81 menerusi jaringan Dumfries. Kedudukan kekal 3-1 sehingga wisel penamat.

Dengan tersingkirnya AS bermakna tiada pasukan Konfederasi Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) yang berjaya meneruskan aksi di Qatar.

Pasukan Kanada, Mexico dan Costa Rica juga telah tersingkir sebelum ini.

AS akan menjadi tuan rumah Piala Dunia edisi 2026 bersama Mexico dan Kanada. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global