web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelantan United Gagal Sekat Kedah Kutip 3 Mata Penuh

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 7:06AM

Pemain KDA FC, Manuel Federico Hidalgo Gasparini (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukannya pada perlawanan menentang pasukan Kelantan United FC malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kelantan United gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Bermain di hadapan kira-kira 1,000 penonton, Kelantan United terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi penyerang import Brazil Devid Silva yang menerima hantaran lintang rakan sepasukan Jose Porteria.

Susulan gol pertama itu, Kelantan United dikendali Tomas Trucha meneruskan asakan bagi menambah jaringan dan Devid  sekali lagi hampir menewaskan penjaga gol Kedah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menerusi tandukan pada minit ke-25.

Gol penyamaan Kedah hadir pada minit ke-34 menerusi tandukan pemain import Brazil Willian Sousa yang menyambut kemas tendangan sudut Lee Tuck sekali gus menewaskan penjaga gol Kelantan United Ahmad Asyraaf Omar.

Kedah kemudian mendahului di depan selepas Manuel Gasparini yang dikasari pertahanan Kelantan United dalam kawasan kotak penalti menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil pada minit ke-44.

Bersambung babak kedua, Kedah berhasil menambah jaringan ketiga menerusi pemain gantian Mohamad Al Hafiz Harun pada minit ke-79 menerusi jaringan penalti.

Kelantan United bagaimanapun merapatkan kedudukan dengan gol kedua mereka menerusi jaringan penalti Yan Victor Silva pada minit ke-88 namun jaringannya itu tidak mampu untuk menahan Kedah daripada mengutip tiga mata penuh selepas wisel penamat ditiupkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi