web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 11:09AM

Lee Zii Jia mahu isu pertikaian peminat badminton tanah air terhadap laporan berita mengenai prestasi beliau tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan baik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perseorangan profesional negara Lee Zii Jia mahu isu pertikaian peminat badminton tanah air terhadap laporan berita mengenai prestasi beliau tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan baik. 

 Atlet berusia 25 tahun itu berkata demikian susulan tindakan pihak yang menggelarkan diri mereka ‘Badminton Lovers’ sebelum ini dilaporkan mengugut dan mengecam seorang wartawan tempatan yang menulis artikel mengenai prestasinya di Masters Malaysia minggu lepas. 

Atlet kelahiran Kedah itu mengakui terkejut dengan situasi itu dan menggesa agar perkara sebegitu dihentikan untuk kebaikan semua pihak. 

“Saya tahu mereka (peminat) sayang saya, perkara ini saya tak boleh kawal sebab jumlah peminat saya agak besar, jadi saya rasa harap kita boleh tamatkan dengan ‘peace and love’ (keamanan dan kasih sayang),” katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam. 

Minggu lepas, sebuah media tempatan melaporkan seorang wartawan telah membuat laporan polis gara-gara maklumat peribadinya dise­barkan di media sosial dan menerima kecaman daripada warga maya selepas menulis artikel mengenai juara All England 2021 itu.

Wartawan berkenaan turut dilaporkan menerima mesej berbaur ugutan dan kecaman daripada pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tajuk berita tulisannya “Zii Jia Beri Alasan Tidak Sihat Sebagai Punca Kekalahan”.

Sementara itu, Hamidin menasihati peminat badminton supaya memahami bahawa sebarang teguran yang diberikan kepada Zii Jia mengenai prestasinya adalah bagi memastikan beliau kembali bangkit untuk negara. 

“Zii Jia adalah pemain yang mempunyai aura berbeza di kalangan peminat. Apa pun yang diperkatakan oleh sesiapa untuk memberi komen kepada dia adalah dengan niat untuk memastikan dia kembali semula.

"Peminat patut faham kerana ada sesetengah (peminat) yang sensitif apabila Zii Jia dikritik dan saya harap perkara ini tidak berlaku lagi," katanya. 

Semalam, Zii Jia telah berjumpa Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan keperluan dan persediaan beliau untuk berentap dalam kejohanan antarabangsa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang