web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jelajah Fit Malaysia Labuh Tirai Dengan Rekod Kehadiran 100,000 Peserta

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 4:32PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim melepaskan peserta larian Jelajah Fit Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023 di Dataran Merdeka pagi tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jelajah Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melabuhkan tirainya hari ini dengan merekodkan seramai 100,000 peserta menyertai program itu sejak ia dimulakan Ogos lalu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya berpuas hati dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat di kesemua negeri.

“Kami berpuas hati dengan kehadiran di semua negeri dan berharap momentum ini dapat diteruskan pada Hari Sukan Negeri yang akan disambut bulan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Kuala Lumpur 2023 di Dataran Merdeka hari ini. 

Kuala Lumpur adalah lokasi terakhir bagi Jelajah Fit Malaysia 2023 selepas jelajah itu membuka tirai di Pulau Pinang pada Ogos lalu. 

Jelajah Fit Malaysia adalah platform pembudayaan sukan bagi semua lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas. 

Program berkenaan adalah sebahagian daripada Hari Sukan Negara yang dijadual berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober di seluruh negara dengan sambutan peringkat kebangsaan bakal diadakan 14 Oktober ini di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

2

Sukan 9 bulan yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

3

Politik 1 tahun yang lalu

Nak Debat? Boleh, Tapi Tunggu Selepas PRN – Adam Adli 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Rakan Muda Beri Ruang Persiapkan Generasi Punyai Nilai Baik - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan