web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

Sukan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 9:48AM

Adam Adli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 pembaharuan yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memacu pembangunan sukan negara berjaya dicapai dalam tempoh sembilan bulan iaitu tiga bulan awal sebelum genap setahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata pembaharuan itu meliputi empat aspek utama iaitu memperkukuhkan ekosistem sukan, merakyatkan sukan, memperkasakan belia dan merakyatkan fasiliti milik KBS. 

“Dalam tempoh setahun Kerajaan MADANI ini ataupun sekurang-kurangnya di peringkat KBS, kita letakkan sekurang-kurangnya 22 pencapaian dan semua ini ikut rekodnya kita anggap sebagai tercapai sekurang-kurangnya dalam tempoh sembilan bulan sejak ia diperkenalkan. 

“…contohnya paling asas gedung sukan ataupun fasiliti kompleks sukan yang paling utama dalam negara iaitu penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil yang dahulunya lebih eksklusif tetapi sekarang dibuka seluasnya kepada penggunaan peringkat sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Naratif Khas terbitan RTM yang disiarkan di TV1 sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI semalam.

Adam Adli menegaskan golongan belia turut diberi perhatian dalam pentadbiran Kerajaan MADANI iaitu dengan memberi nafas baharu kepada program Rakan Muda pada Jun lepas, selain memperkenalkan Sekolah Rukun Negara yang bertujuan meningkatkan literasi politik dalam kalangan belia pada bulan berikutnya. 

“Sekolah Rukun Negara ini jadi pencetus dan menjadi ruang di luar bilik darjah untuk mereka (golongan belia) menemukan idea yang mungkin tidak dibincangkan menerusi mata pelajaran sekolah,” katanya.  - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

2

Sukan 8 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Jelajah Fit Malaysia Labuh Tirai Dengan Rekod Kehadiran 100,000 Peserta

4

Politik 1 tahun yang lalu

Nak Debat? Boleh, Tapi Tunggu Selepas PRN – Adam Adli 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad