web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhammad Faiz Haizat Raih Emas Di Dubai

Sukan Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 1:14PM

gambar FB Majlis Sukan Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet olahraga para negara, Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Pemenang pingat perak Sukan Para Asean 2022 itu muncul juara acara 400 meter (m) T38 (kecacatan intelektual) apabila mencatatkan 56.84 saat (s) meninggalkan pesaing lain pada kejohanan berkenaan.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Andreas Beros dari Cyprus (58.14s) dan Antonio Kosmat dari Croatia (59.46s).

Dalam pada itu, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi turut menceriakan kem olahraga negara selepas meraih pingat perak bagi acara 400m T20 (kecacatan intelektual), dengan catatan masa 50.16s.

Emas acara itu dirangkul Yovanni Philippe dari Mauritius (49.84s), manakala gangsa diraih Columba Blango dari Britain (50.52s).

Sementara itu, atlet elit olahraga Eddy Barnard turut meraih kedudukan podium di kejohanan tersebut dengan meraih gangsa acara lompat jauh (T42/T44/T61), mencatatkan lompatan sejauh 6.42m.

Wakil Sri Lanka, Indika Gamage meraih emas (6.62m), manakala wakil Rusia, Dzmitry Bartashevich merangkul perak (6.50m). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 bulan yang lalu

Dubai Buat Si Pertama Kali, Tarikan Anda Patut Pergi

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

 Banjir Landa Dubai

4

TARA 1 tahun yang lalu

Ameera Khan Kembali Aktif Di Instagram, Kongsi Gambar Tidak Berhijab

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 54 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini