web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Sah KKM

Mahu cuba periksa sendiri? Kenali tiga jenis kit ujian kendiri COVID-19 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kes jangkitan COVID-19 harian yang mencatat belasan ribu mutakhir ini membuatkan ramai tidak senang duduk. Jangkitan virus ini dalam kalangan komuniti semakin meliar.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengesahkan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di seluruh negara sudah melepasi aras satu juta  pada 26 Julai lalu. 

Tentunya, ramai yang berada dalam kegelisahan dan panasaran kerana virus ini sudahpun wujud di mana-mana. Dianggarkan satu dari 32 rakyat Malaysia sudah dijangkiti COVID-19.

Sebagai manusia, tidak salah untuk anda berasa panik. Pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga. Jaga jarak dan SOP, duduk rumah dan jangan keluar jika tidak perlu. 

Ikhtiarlah. Anda juga boleh mencuba tiga jenis kit ujian kendiri yang mendapat  kelulusan bersyarat oleh KKM ini: 

#1 Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test

Dikilangkan oleh Reszon Diagnostics International, Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test dicipta untuk kegunaan kendiri sama ada di rumah atau di mana-mana tanpa perlu ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Ia menggunakan pendekatan campuran sampel air liur dan calitan rongga hidung bagi memberi ketepatan akhir yang lebih tepat sehingga 100 peratus. Buat masa ini, Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test merupakan cadangan utama untuk kit ujian kendiri kerana keberkesanannya.

Harga: RM39.90

Jenis: Rapid Test Kit / Kit Ujian Pantas

Jenis sampel: Air liur dan calitan rongga hidung

Negara: Malaysia

Beli di Doctor on Call 

#2 Gmate COVID-19 Saliva Antigen Test Kit

Dikilangkan oleh Philosys Co Ltd, Gmate COVID-19 Saliva Antigen Test Kit juga dicadangkan sebagai pilihan kerana ketepatan akhir sehingga 91% sensitiviti dan 100% ketepatan.

Seratus peratus ketepatan bermakna tiada keputusan positif yang gagal dikesan, sementara 91% sensitiviti pula bermakna daripada 100 pengguna, hanya 9 orang mungkin mendapat keputusan negatif yang salah. Ia menggunakan pendekatan sampel air liur sahaja bagi mengesan virus COVID-19. 

Harga: RM39.90

Jenis: Rapid Test Kit / Kit Ujian Pantas

Jenis sampel: Air liur

Negara: Korea Selatan

Beli di Doctor on Call 

#3 JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test

Dikilangkan oleh Hangzhou AllTest Biotech Co, JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral fluid) turut menggunakan pendekatan sampel air liur bagi mengesan virus COVID-19. 

Secara keseluruhannya, ketepatan akhirnya adalah 97% ketepatan dan anda akan mendapat keputusan dalam masa hanya 15 minit. 

Harga: Tidak diketahui

Jenis: Rapid Test Kit / Kit Ujian Pantas

Jenis sampel: Air liur

Negara: China

Beli di farmasi berhampiran

(Kiri) Dr Raymond Choy (Kanan) Tan Aik Keong
(Kiri) Dr Raymond Choy (Kanan) Tan Aik Keong

RTKis COVID-19

Setelah mendapat keputusan ujian kendiri itu, anda juga boleh melanggan Sistem Ujian Kendiri COVID-19 Pintar atau RTKis yang dilancarkan oleh DOC2US. 

Diiktiraf oleh KKM dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh MITI, sistem ini menguji, merekod, mengurus dan melaporkan kes COVID-19 untuk pihak korporat dan orang ramai. 

RTKis (disebut sebagai ar-ti-kis) adalah pengesahan identiti dengan keputusan ujian kendiri anda itu tadi di platform DOC2US. 

Seterusnya, hasil keputusan tersebut dimuatnaik di Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) yang diselaraskan dengan aplikasi MySejahtera.

Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US, Dr Raymond Choy berkata, berdasarkan garis panduan MITI setiap pekerja wajib disaring sebanyak dua kali seminggu dan hanya mereka yang disahkan negatif sahaja dibenarkan bekerja. 

“RTKis adalah penyelesaian mudah dan menjimatkan supaya sektor-sektor tersebut dibenarkan beroperasi dan meneruskan aktiviti ekonomi,” ujarnya. 

Walaupun keputusan yang dikemaskini di RTKis tidak memerlukan pengesahan daripada pegawai perubatan, DOC2US menggunakan teknologi AI untuk mengurangkan risiko penipuan. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi DOC2US, Tan Aik Keong berkata, sistem itu dirancang secara komprehensif bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya penipuan.

“Pengguna harus mengimbas kod QR yang khusus bagi setiap kit ujian kendiri yang dijual dibawah pakej kami.

“Pengguna juga perlu mengesahkan nombor telefon, nombor pengguna (ID) dan proses ujian kendiri mereka melalui gambar dan rakaman video.

“DOC2US menggunakan enjin pengelasan gambar melalui teknologi AI untuk mengenal pasti keputusan ujian berdasarkan gambar kit ujian kendiri yang dimuatnaik,” jelasnya.

Buat masa ini, RTKis berfungsi dengan Gmate COVID-19 Saliva Antigen Test Kit yang diimport secara eksklusif oleh CityMedic Sdn. Bhd. 

Menurut Dr Choy lagi, selain Gmate COVID-19 Saliva Antigen Test Kit, RTKis juga boleh digunakan bersama jenama kit ujian kendiri COVID-19 lain dan yang disahkan oleh KKM. 

Setiap pakej Sistem Ujian Kendiri COVID-19 Pintar atau RTKis ini berharga RM45. Layari DOC2US untuk maklumat lanjut. – Getaran, 28 Julai 2021

Gambar:KKM
Gambar:KKM

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Semua gambar: Daripada jenama-jenama berkenaan.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN